Isnin, 30 Januari 2017

KLANG - PDT Klang Mohd Zainal Mohd Nor berkata, pihaknya sudah menampal notis mengarahkan pemilik tokong itu memindah atau membuka struktur berkenaan pada 24 Januari lalu.













Klang: Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Klang dan Majlis Perbandaran Klang 
(MPK) memberi tempoh sehingga esok untuk kerja pemindahan atau
 merobohkan sebuah tokong kecil yang menyerupai kubah masjid 
di Bukit Raja, 
 tokong kecil itu masih berada di kawasan lapang premis perniagaan
 berkenaan walaupun terdapat notis ditampal kedua-dua pihak berkuasa
 berkenaan.
Kewujudan tokong kuning dan hijau itu tular di media sosial baru-baru 
ini, sehingga mendapat perhatian netizen yang keliru kerana ia memiliki
 binaan umpama kubah masjid.
Berikutan itu, netizen termasuk penduduk setempat mendesak pihak berkuasa 
mengambil tindakan segera terhadap pemiliknya.
PDT Klang Mohd Zainal Mohd Nor berkata, pihaknya sudah menampal notis 
mengarahkan pemilik tokong itu memindah atau membuka struktur berkenaan
 pada 24 Januari lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan