Ahad, 29 Januari 2017

KUANTAN - Misteri pantai cherating sehari sebelum kejadian seorang Penuntut Politeknik hilang di tarik ombak pelancong terlihat lembaga hitam mata merah muncul di tepi pokok














Kuantan: Penuntut Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam,
 Selangor yang dilaporkan hilang ketika mandi di Pantai Cherating, di sini,
 ditemui lemas 7.15 pagi tadi.
Muhammad Iman Saufi Sha'ari, 20, ditemui kira-kira 5 kilometer dari kawasan 
dia dilaporkan hilang ketika mandi bersama rakannya, semalam.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, 
Anuar Hassan berkata, mangsa ditemui lapan anggota pasukan mencari 
dan menyelamat selepas operasi mengesan penuntut itu digerakkan sejak
 petang semalam.
Difahamkan, mayat mangsa akan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan 
(HTAA) untuk bedah siasat.
Dalam kejadian jam 2.15 petang itu, penuntut semester tiga Diploma Kejuruteraan
 Awam itu mandi bersama enam lagi rakannya sebelum ditarik ombak kuat dan gagal diselamatkan .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan