Jumaat, 10 Februari 2017

MACHANG - Misteri Bukit Bilal di percayai penduduk kampung di jaga oleh makhluk halus di jalan inilah sering terlihat makhluk muncul













      MACHANG,   BUKIT BILAL dan kampung-kampung sekitarnya yang terletak kira-kira dua kilometer dari bandar Machang, Kelantan adalah sebuah bukit yang agak tersohor yang didakwa penduduk berhampiran sebagai sebuah bukit yang agak keras, bermisteri dan mempunyai penunggu. Walaupun kawasan berkenaan baru dibuka beberapa tahun lalu dengan disediakan kemudahan jalan raya dan selepas itu wujudnya penempatan penduduk serta beberapa buah pejabat berhampiran bukit itu dikatakan sebagai penyebab kepada pelbagai gangguan dan jelmaan lembaga yang sering berkeliaran di kawasan sekitarnya.
                                               Zainuddin Awang, 39(abg jak)

Suatu kisah menarik tentang Bukit Bilal adalah pengalaman salah seorang penduduk yang dapat melihat makhluk halus apabila pintu rumahnya diketuk berkali-kali tatkala beliau ingin melelapkan mata. Sangkanya ada jiran-jiran yang memerlukan pertolongan, lantas beliau membuka pintu. Alangkah terkejutnya apabila pintu dibuka, didapati lembaga itu tidak berkepala sebagai menunjukkan dirinya yang sebenar seraya ghaib ketika itu juga. Mangsa berkenaan kemudiannya terpaksa berpindah kerana tidak sanggup diganggu lagi.
   Zainuddin Awang, 39, atau dikenali  Abang Jak dari Kampung Kaabah, Machang, Kelantan sanggup berkongsi cerita perihal Bukit Bilal di samping pengalamannya juga turut diganggu makhluk halus di kawasan tersebut. Kejadian yang berlaku pada tahun 2006 itu pada mulanya menyebabkannya terperanjat, tetapi beliau percaya Bukit Bilal memang ada penunggunya yang akan mengganggu sesiapa sahaja yang terserempak dengan makhluk berkenaan.
   
    seminggu selepas kejadian beliau disakat makhluk halus di rumpunan sagu tersebut, beliau kemudiannya menerima arahan yang sama supaya bekerja sebagaimana hari itu. Namun, kerana beliau bangun tidur agak lewat beliau tiba di tempat kerjanya jam 3.30 pagi. Setibanya beliau di tempat kerjanya yang terletak beberapa meter dari Bukit Bilal itu, beliau dapati suasana pada pagi itu agak lengang di mana tidak ada walau seorang pun pekerja kecuali dirinya sahaja. Ini kerana, setahunya Pengawal Keselamatan(pak mat} yang sepatutnya berkawal di pintu masuk pejabatnya  tentunya sudah pulang.
  Tatkala beliau memijakkan kaki di atas jentolak itu, dengan tiba-tiba beliau terlihat kemunculan Pengawal Keselamatan yang bernama Pak Mat itu sedang berdiri betul-betul di tengah-tengah laluan di antara sebuah surau dan bengkel mekanik kenderaan sambil bercekak pinggang di mana kelihatan di tangannya sedang memegang sebilah senjata golok dengan wajah yang menyeringai bengis tepat memerhatikan ke arahnya untuk menunjukkan pengawal tersebut sedang marah.
    Tetapi hairannya kenapa pula Pak Mat muncul secara tiba-tiba. Tercetus juga dalam hatinya, adakah Pak Mat ingin menuduhnya sedang mencuri sesuatu? Sedangkan beliau tidak berniat serong untuk berbuat demikian kerana itulah periuk nasinya selama ini. Beliau ke situ sekadar untuk memeriksa jentolaknya sahaja bagi memastikan sentiasa berkeadaan baik dan sempurna apabila melakukan kerja-kerja menurap jalan nanti. Melihatkan keadaan pelik di pagi itu, beliau tidak mempedulikan lembaga Pak Mat
    Selang beberapa minit kemudian, beliau dapati lembaga agak bengis yang dikatakan Pak Mat itu tiba-tiba ghaib serta merta di tempatnya berdiri tadi. Melihatkan keadaan demikian, hatinya berbisik sendirian kerana difahamkan beliau seorang sahaja yang ada di kawasan berkenaan ketika itu. Namun, agak hairan juga, siapa pula secara tiba-tiba hilang dalam sekelip mata 
       beliau kemudiannya melangkah turun dari jentolak tersebut seraya mencari dan meninjau di sekeliling arah tentang ke mana perginya Pak Mat itu. Menurutnya, memanglah sebelum ini beliau berselisih pendapat dengan Pak Mat, jadi beliau bimbang jika Pak Mat masih menyimpan dendam terhadapnya. Namun, apabila bertanya dengan keluarga Pak Mat bahawa hanya keluarganya sahaja yang dikatakan penghuni awal di Kampung Bukit Bilal itu dari sehingga hari ini, malahan menurutnya Pak Mat pernah memberitahunya tentang makhluk halus di situ dari pelbagai keturunan. Bahkan beliau percaya kemungkinan jelmaan lembaga Pak Mat sebagaimana yang pernah dialaminya itu adalah dari asal usul 'saka' arwah atuknya kerana hanya keluarganya sahaja yang tidak pernah diganggu.
                          Di surau inilah kaki Abang Soh ditarik dengan kasar sewaktu tidur di situ.

      pernah rakannya yang juga pemandu lori bersama Abang Soh yang baru pulang dari Gua Musang tertidur dalam surau berhampiran pejabatnya akibat keletihan. Pada mula-mulanya nama rakannya sahaja yang dipanggil berulang kali. Katanya lagi, Abang Soh ingat panggilan namanya sekadar mimpi sahaja. Namun, sewaktu matanya ingin terlelap dengan tiba-tiba buat kali kedua kakinya pula ditarik dengan kasar. Melihatkan keadaan itu, Abang Soh bingkas bangun lalu meneruskan tidurnya  di dalam sebuah lori yang diparkir di luar kawasan pejabat mereka bagi mengelak daripada gangguan itu lagi.
     

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. Tulisan dalam blog ini diciplak dari tulisan asal saya yang pernah disiarkan dalam RELATIF: SIRI 01 pada 30.11.2011 dan dalam GOOGLE PLUS.

    BalasPadam