Sabtu, 11 Februari 2017

KOTA BHARU - Misteri keris pusaka dapat mengesan penyakit milik Che Idris Awang Noor di dari Kampung Seberang Pasir Mas-Salor ........................













          PASIR MAS,:  SESETENGAH orang belajar kerana dipengaruhi oleh rakan semata-mata. Tidak kurang juga segelintir individu menuntut ilmu kerana enggan diperlekehkan oleh orang lain. Berbanding individu yang menuntut ilmu kerana minat yang mendalam akan mencapai kejayaan yang diharapkan. Paling penting dalam apa yang dipelajari itu adalah dengan niat yang satu iaitu untuk berbakti dan membantu orang ramai yang pasti memerlukan bantuannya kelak, adalah seorang yang berfikiran waras malah patut dipuji.
                           Che Idris Awang Noor atau Paksu Deris.keturunan 
                                                 pendekar di kelantan

Begitu halnya dengan Pakar Perubatan Tradisional, Che Idris Awang Noor, 68, di kediamannya berhampiran dengan sebuah jambatan yang menghubungkan laluan Salor, Kota Bharu  atau lebih mesra dipanggil Pak Su Deris dari Kampung Seberang Pasir Mas-Salor dekat sini berkata, minatnya terhadap silat dan lebih-lebih lagi terhadap ilmu perubatan tradisional mengatasi segala-galanya.
                 keris pusaka milik poksu deris boleh mengesan penyakit

    "Ketika usia 16 tahun Pak Su belajar silat. Tetapi apabila mencecah 18 tahun barulah minat kepada ilmu perubatan tradisional secara kampung", ujarnya yang turut mengaku bahawa beliau adalah dari keturunan pendekar 
     Pak Su Deris mnceritakan sewktu atoknya masih hidup yang beria-ia mempelajari ilmu seumpama itu memandangkan atuknya itu sudah semakin tua. Jadi, pada hematnya jika tidak diperturunkan kepada generasi yang berhajat sepertinya amatlah rugi baginya. Justeru, beliau sanggup menempuh apa jua cabaran asalkan atuknya itu dapat memperturunkan ilmu kebatinan itu kepadanya.
    Menurut Pak Su Deris, beliau boleh merawat beberapa jenis penyakit seperti bengkak hati, masalah dalam perut, kencing manis, kanser, darah tinggi, sakit pinggang termasuk buah pinggang, sembelit, gila meroyan selain penyakit yang berpunca daripada sihir, buang saka, santau atau buatan orang. Caranya beliau akan membuat ujian ke atas pesakit itu terlebih dahulu untuk mengetahui masalah atau sesuatu penyakit yang dihidapi oleh mangsa.
    ramai di kalangan orang-orang Melayu yang keliru kononnya orang gila meroyan itu adalah perbuatan khianat dari segelintir individu yang dengki. Padahal, orang gila meroyan adalah berpunca ketika proses bersalin dilakukan tidak begitu lengkap dan sempurna.
    Manakala dari segi bayaran yang dikenakan, beliau tidak mengenakan bayaran yang terlalu tinggi bahkan di atas dasar keikhlasan pesakitnya. Ini kerana, pesanan arwah atuknya supaya tidak memaksa pesakit membayar harga rawatan sehingga menyusahkan mereka
    selain kerja kampung umpamanya mengambil upah menggali perigi, rutin hidup hariannya ialah merawat pesakit dari pelbagai bangsa yang melibatkan penyakit yang pelik dan luar biasa.  Justeru, Pak Su berharap supaya pesakit tidak perlu menaruh syak dan ragu-ragu kerana rawatan yang dilakukannya adalah berdasarkan kaeah rawatan Islam sebagai ikhtiar seorang hamba Allah yang lemah untuk memperolehi kesihatan dan kebahagiaan hidup yang sehat. 

3 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. assalamua'laikum..bgaimna blh sya hubungi che idris awang noor ni?..ini no sya 0182069073.

    BalasPadam
  3. Artikel dan Foto dari blog ini adalah artikel dan foto asal saya yang diambil tanpa izin.

    BalasPadam