Khamis, 9 Februari 2017

KOTA BHARU - Misteri jelmaan ular di jambatan di kampung Seberang Lating berhampiran Jambatan Tok Rendah itu wujudnya perkampungan makhluk halus













       KOTA BHARU,   KAMPUNG SEBERANG LATING yang terletak di daerah Mulong, Kota Bharu,  adalah perkampungan yang masih lagi dilitupi sebahagian semak-samun dan hutan tebal walaupun terdapat di beberapa kawasan telah dibangunkan kerana kepentingan kepentingan penduduk. Namun, tanpa disedari ramai .bahawa kampung berkenaan juga amat tersohor dengan kisah-kisah misteri kerana dikatakan berhampiran Jambatan Tok Rendah itu wujudnya makam Panglima Raja Jembal yang memerintah Kelantan dalam kurun ke-16 dahulu.
     Menurut penduduk-penduduk dari kampung terbabit bahawa laluan berkenaan memang selamat dilalui, namun kebanyakan pemandu yang belum pernah menggunakan atau melalui kawasan jambatan di situ pastinya akan berasa kurang selesa dan amat menyeramkan. Ini kerana, dakwaan beberapa orang penduduk dari kampung berkenaan tidak menolak tentang wujudnya makhluk halus yang menjelma dalam rupa haiwan dari arah makam dan sungai berhampiran, malah kadang-kadang jelmaan itu akan menjadikan laluan terbabit sebagai tempat makhluk itu berehat.
    Pernah terjadi pada tahun 2006  jelmaan ular yang agak besar berhampiran dengan Jambatan Tok Rendah itu. Di kawasan itu juga terdapatnya deretan pohon buluh di samping tumbuh-tumbuhan lain yang hidup subur kerana adanya sungai yang mengalir saban tahun.
                          Dari arah sungai berdekatan Jambatan Tok Rendah, seekor ular 
                           jelmaan makhluk  halus muncul

"Sering terjadi ular besar itu muncul dari arah rumpunan buluh berdekatan kubur di tepi sungai itu. Rupa ular itu bercorak batik seperti ular sawa dan panjangnya kira-kira 15 meter.
"Ular itu akan menyusur perlahan-lahan lalu melunjurkan badannya yang besar merintangi sebatang jalan berdekatan dengan jambatan berkenaan",di ceritakan  pengalaman daripada penduduk asal kampung terbabit.
       ular itu kerap kali akan muncul waktu malam sahaja tetapi tidak di siang hari. Namun, beliau tidak mengetahui jenis ular itu tetapi dari apa yang didengari daripada beberapa orang warga emas itu menyatakan jelmaan ular itu adalah makhluk halus dari bangsa jin. Beliau memang percaya kerana amat mustahil dikatakan ular biasa jika dilihat kepada ukuran lebar dan panjangnya. Apatah lagi, ia hanya muncul pada waktu malam sahaja. Malah, jika kena dengan masanya, pengguna laluan tersebut pasti berpeluang bertembung dengannya.
                             di sinilah makam Panglima Perang Raja Jembal dua saudara 

     Terdapat dua buah kubur panglima berhampiran sungai itu dan mereka adalah bersaudara. Mereka sebenarnya meninggal dunia kerana beradu kekuatan dan dari situlah kawasan itu dianggap keras.
Bukan jelmaan ular sahaja, kadang-kadang ada juga jelmaan beruk.
   setakat ini jelmaan makhluk halus dalam rupa binatang itu belum pernah mengganggu penduduk di kampung terlibat tetapi sekadar memperlihatkan bentuk fizikalnya sahaja untuk menunjukkan kepada manusia bahawa makhluk halus dari keturunan jin adalah penghuni asal yang berkampung di kawasan berkenaan. 

1 ulasan: