Selepas dibina lebih 100 tahun lalu, lubang suluk Tok Selehor masih utuh dan
dipelihara dengan baik oleh keturunan beliau
TUMPAT - Menurut cicit Tok Selehor, Mohd. Shauki Abd Majid, Tok Selehor pernah menghabiskan masa
sehingga 40 hari berturut-turut di dalam kubur buatannya itu tanpa menyalin pakaian
atau bertemu sesiapa.dengan menghabiskan masa bertafakur di dalam kubur adalah
landasan untuknya mendekatkan diri kepada Pencipta, sekali gus menghilangkan
sifat-sifat mazmumah yang lahir dalam dirinya.
Tok Selehor yang merupakan pengasas beberapa pondok pengajian di Kelantan adalah
salah seorang daripada lima ulama terkenal di Kelantan pada masa itu termasuk
Tok Kenali dan Tok Kemuning.
Kubur tersebut yang pada asalnya hanya berdindingkan tanah dan dibiar terbuka,
kini telah diubahsuai dengan dibina sebuah bilik kecil pada tapak
kubur suluk Tok Selehor
pintu masuk ke lubang
Manakala dalam kubur itu pula diletakkan lampu, tangga dan juga dinding mar-mar.
di lubang inilah tok selehor muhasabah diri
"Ia untuk mengekalkan tapak bersuluk peninggalan Tok Selehor daripada hilang
tertimbus dan sebagainya.
Kubur suluk ini juga dibuka kepada orang ramai yang ingin memuhasabah diri
dengan merasai gambaran mati di dalam kubur.
"Bagaimanapun ia terpaksa dipantau dan dikunci bagi mengelakkan perbuatan
khurafat dan syirik berlaku
idea membina tempat suluk bermula semasa Tok Selehor menuntut di Mekah.
Seorang daripada gurunya pernah bertanya mengenai cita-citanya. Antara
jawapan Tok Selehor adalah beliau ingin menjadi penghulu semua orang mati.
selepas tamat pengajian dan pulang ke tanah air, Tok Selehor menggali
sebuah kubur berhampiran rumahnya untuk dijadikan tempat beliau bersolat
dan mendekati kepada Allah SWT.
tujuan lain Tok Selehor menggali lubang itu supaya hati menjadi kecut dan
sentiasa mengingati mati
Tok Selehor merupakan salah seorang teman rapat kepada Allahyarham Muhammad
Yusuf Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali.
sebelum kewafatan wali Allah SWT itu, berlaku petanda aneh yang mengiringi
dan menunjukkan pemergian Tok Selehor.
"Pada tahun 1935, seperti biasa Tok Selehor akan pergi memburu kerana itu
adalah antara hobi beliau untuk mengisi waktu lapang. Diceritakan, selepas
tiga hari pulang daripada berburu rusa, seekor ikan yu besar yang tidak pernah
dilihat penduduk Kampung Selehor kelihatan timbul di tempat mandi Tok Guru
Selehor.
"Dua hari kemudian, datang pula sekumpulan burung gagak dengan banyaknya
di kawasan rumah Tok Selehor sehingga orang ramai hairan melihat
peristiwa itu.
"Sehinggalah beberapa hari selepas itu Tok Selehor mengadu sakit kepala.
Penyakitnya itu tidak surut walaupun telah diubati dengan pelbagai kaedah.
Lapan hari kemudian, iaitu pada 20 Februari 1935, Tok Selehor menghembuskan
nafasnya yang terakhir pada usia 64 tahun
MasyaAllah
BalasPadam