Selasa, 17 Januari 2017

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata akhirnya tertangkap juga toyol berusia 12 tahun yang sering mencuri di rumah penduduk Felda Pasoh Tiga.













Jempol: Usianya baru 12 tahun namun sudah terbabit dalam beberapa kes pecah
 rumah di sekitar kawasan tanah rancangan di daerah ini, sejak enam bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, budak
 lelaki terbabit yang juga lembam ditahan bersama bapa saudara dan dua suspek 
lain berusia antara 18 hingga 26 tahun, Jumaat lalu.
Menurutnya, empat suspek itu ditahan secara berasingan jam 9 malam selepas
 polis menjalankan siasatan susulan laporan kejadian pecah rumah 
di Felda Pasoh Tiga.
"Siasatan awal mendapati seorang daripada suspek akan memecah kediaman
 menggunakan kuku kambing dan menyuruh budak lelaki itu masuk ke dalam 
rumah mengambil barang berharga.
"Dua lagi suspek akan menjual barangan yang dicuri untuk mendapatkan wang,
" katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol, di sini, hari ini.
Noorzainy berkata, semua suspek ditahan reman bagi membantu siasatan
 mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan 
Kecil 1955.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan