Kota Bharu: Rangka manusia yang ditemui di kebun getah Kampung
Lepan Rambai berdekatan kawasan air terjun Jeram Linang, dekat
Pasir Puteh semalam dikenal pasti milik seorang lelaki berusia 21 tahun.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, rangka
berkenaan dipercayai Adam Saudi yang tinggal di Kampung Gong Kenuk,
Pasir Puteh.
Katanya, ayah mangsa, Saudi Hussin, 50-an mengaku rangka itu milik
anaknya
berdasarkan penemuan tali kasut, baju berbelang yang dipakai dan
sebentuk cincin.
"Bapa mangsa mendakwa kali terakhir berjumpa anaknya pada 4 September
tahun lalu sebelum mangsa keluar rumah dengan motosikal jenis Suzuki Smash.
"Polis kini sedang mengesan motosikal mangsa dan siasatan lanjut masih
dijalankan untuk mengetahui punca kejadian," katanya ketika ditemui di Ibu
Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini.
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati rangka berkenaan ditanam di
kawasan kebun getah lebih sebulan lalu dan kes itu diklasifikasikan
sebagai mati mengejut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan