Isnin, 16 Januari 2017

NEGERI SEMBILAN ; Misteri batu menyerupai makhluk aneh di gunung Angsi tempat kerajaan orang bunian gunung Angsi menyimpan 1001 rahsia













Gunung Angsi di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Perjalanan dari Cheras melalui 
lebuhraya LEKAS dan exit Seremban/Kuala Pilah. Selepas exit ambil jalan
 menuju ke Kuala Pilah dan akan melalui Bukit Putus. Selepas melalui Bukit 
Putus kita akan berjumpa dengan papan tanda Hutan Lipur Ulu Bendul di 
Sebelah kanan. Jarak dari Cheras ke Hutan Lipur Ulu Bendul lebih kurang 
76Km dan mengambil masa lebih kurang 1 jam sahaja.


Jarak pendakian dari Hutan Lipur Ulu Bendul ke puncak Angsi lebih kurang
 6km dan akan mengambil masa di antara 4 hingga 5 jam untuk sampai ke 
puncak. Jika pendaki naik dari trek Bukit Putus, jaraknya agak pendek
 iaitu lebih kurang 4.5km dan mengambil masa antara 3 hingga 4 jam
 untuk ke puncak Angsi. 
Gunung Angsi terletak di Tanjung Ipoh yang mane gunung ni terletak di 
daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Mempunyai ketinggian setinggi 825 
meter (2,702 kaki). Ia merupakan salah satu tarikan bagi Hutan Rekreasi
 Ulu Bendol dan terbuka bagi pendakian. Selepas bacaan doa selamat,
 kami mula mendaki Gunung Angsi bermula jam 8.30 pagi dengan menyusuri
 aliran air terjun yang segar dan bersih
                  di sinilah tempat orang bertapa di zaman dulu menuntut ilmu silat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan