Isnin, 16 Januari 2017

NEGERI SEMBILAN - Misteri batu menyerupai makhluk aneh di gunung Angsi tempat kerajaan orang bunian gunung Angsi menyimpan 1001 rahsia














Gunung Angsi di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Perjalanan dari Cheras melalui lebuhraya LEKAS dan exit Seremban/Kuala Pilah. Selepas exit ambil jalan menuju ke Kuala Pilah dan akan melalui Bukit Putus. Selepas melalui Bukit Putus kita akan berjumpa dengan papan tanda Hutan Lipur Ulu Bendul di Sebelah kanan. Jarak dari Cheras ke Hutan Lipur Ulu Bendul lebih kurang 76Km dan mengambil masa lebih kurang 1 jam sahaja.
                                                        puncak gunung angsi
      
Jarak pendakian dari Hutan Lipur Ulu Bendul ke puncak Angsi lebih kurang 6km dan akan mengambil masa di antara 4 hingga 5 jam untuk sampai ke puncak. Jika pendaki naik dari trek Bukit Putus, jaraknya agak pendek iaitu lebih kurang 4.5km dan mengambil masa antara 3 hingga 4 jam untuk ke puncak Angsi. 
Gunung Angsi terletak di Tanjung Ipoh yang mane gunung ni terletak di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Mempunyai ketinggian setinggi 825 meter (2,702 kaki). Ia merupakan salah satu tarikan bagi Hutan Rekreasi Ulu Bendol dan terbuka bagi pendakian. Selepas bacaan doa selamat, kami mula mendaki Gunung Angsi bermula jam 8.30 pagi dengan menyusuri aliran air terjun yang segar dan bersih
             di sinilah tempat orang bertapa di zaman dulu menuntut ilmu silat




Tiada ulasan:

Catat Ulasan