TUMPAT - sebuah rumah tinggalan di kampung bunohan berkenaan dianggap
menakutkan berikutan beberapa kejadian yang menyeramkan telah dialami
oleh beberapa penduduk di kawasan terbabit. Lokasi rumah terbabit yang
terletak berhampiran dengan tempat kejadian pembunuhan pada tahun
1950 .
jalan yang sepi bila senja jalan ini amat menyeramkan
"Dari pengalaman mangsa yang menceritakan, mereka pernah terserempak
dengan lembaga lelaki yang sedang melalui jalan terbabit. Kadang-kadang
mereka melihat lembaga terbabit berada dalam sebuah rumah kosong di
kampung ini.
"Dari cerita yang pernah saya dengar, lembaga yang menjelma di kawasan
rumah tinggalan itu amat menakutkan. Lazimnya kejadian berkenaan berlaku
antara jam 10.00 malam ke atas",
Kata Nik Soh, beberapa kejadian setahun lalu dan masih berlaku sejak
kebelakangan ini menunjukkan makhluk halus yang mendiami rumah
terbabit seperti tidak tenteram menyebabkannya mundar-mandir di jalanan.
Disebabkan hal tersebut menyebabkan kanak-kanak tidak lagi sanggup
melalui kawasan tersebut bimbang sesuatu yang tidak diingini berlaku iaitu
terserempak dengan lembaga berwajah hodoh itu.
"Asalnya pemilik rumah tersebut berasal dari Kampung Kubang Batang dan
berkahwin dengan penduduk dari kampung ini. Apabila suaminya meninggal
akibat sakit biasa ketika berusia 50 tahun, isterinya berhasrat untuk menjualnya
kerana tidak berharap untuk menetap di rumah tersebut. Namun, sehingga
hari ini, rumah tersebut belum lagi berjaya dijual", ujarnya apabila ditanya
perihal rumah kosong itu.
Katanya, sebab-sebab rumah terbabit ditakuti ramai sehingga berlaku jelmaan
lembaga yang menyeramkan, beliau menjelaskan berkemungkinan berpunca
dari masalah saka. Jin saka yang menjelma dalam bentuk manusia sebenarnya
makhluk halus dan apabila dilihat orang dalam rupa yang agak pelik tentunya
mangsa yang pernah melihatnya agak terkejut dan berasa takut.
"Jelmaan lembaga yang dimaksudkan berwarna hitam, tetapi tidak memperlihatkan
wajahnya yang sebenar. Lembaga tersebut tidak mengganggu orang ramai, namun
apabila dilihat oleh mangsa tentunya berasa takut. Akibat daripada kejadian
berkenaan, rumah kosong itu kini dipenuhi semak-samun, sesiapa yang
melihatnya akan menyatakan rumah tersebut "rumah misteri", .
setakat ini sudah tiga orang yang berhasrat untuk membeli rumah
tersebut termasuk penduduk dari Kampung Bunohan itu sendiri. Namun,
setakat ini orang yang melihatnya juga berasa seram untuk mendekatinya
terutamanya apabila waktu malam menjelang.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam