Ahad, 22 Januari 2017

TUMPAT - Kejadian aneh berlaku di tanah perkuburan Penghulu Kampung Kubur Datuk, Rosli Mohd Nor berkata, dia menyedari kejadian batu nisan tercabut dan belindan berselerakan selepas subuh tadi














TUMPAT - Arus deras air hujan bertakung yang memasuki tanah perkuburan 
Islam Kubur Datuk menyebabkan lebih 100  kubur rosak apabila belindan
 dan batu nisan hanyut dibawa arus.
Paling menyedihkan apabila empat keranda yang ditanam bersama jenazah
 timbul selepas pasir liang lahad itu turut terhakis sedalam empat kaki dibawa
 arus deras.
Penghulu Kampung Kubur Datuk, Rosli Mohd Nor berkata, dia menyedari 
kejadian batu nisan tercabut dan belindan berselerakan selepas subuh tadi.
"Agak terkejut apabila batu nisan tercabut, belindan berubah kedudukannya,
 ada yang pecah dan hanyut.
"Bila saya periksa di tanah perkuburan itu, ada kawasan ditakungi air dan 
air itulah yang menyebabkan tanah perkuburan ini terhakis kerana ia
 membentuk laluan air panjangnya satu meter dan dalam air dua kaki,.
Rosli berkata, khuatir kawasan perkuburan ini makin terjejas, dia bersama
 lebih 100 penduduk Kampung bergotong-royong membina laluan air bagi 
mengelakkan arus deras itu menimpa kubur.
Katanya, mana-mana keranda yang timbul dikambus semula dan batu
 nisan yang tercabut di letak semula ke tempat asal.
"Kami  bersatu untuk menyelamatkan tanah perkuburan ini kerana gotong 
royong ini juga melibatkan Pengerusi JKKP Mukim Dalam Rhu, Mohamed
 Rashid Dollah dan Penghulu Mukim Dalam Rhu,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan