Jumaat, 20 Januari 2017

KOTA BHARU - Misteri restoran sate'ghaid di Lebuh raya Pasir Mas-Salor berhampiran kawasan Kubur Ujit di Kampung Kubang Palas













                          Kubur Ujit - Di sinilah wujudnya Restoran Sate Enak milik makhluk halus
                                                 di laluan Lebuh raya Pasir Mas-Salor

KOTA BHARU - Misteri  laluan Lebuh raya Pasir Mas-Salor pernah terjadi 
kereta berlanggar turut terbakar teruk berhampiran kawasan tanah
 perkuburan itu. Kemudiannya, berlaku pula kemalangan jalan raya 
melibatkan tiga buah kenderaan Perodua Kancil, Proton Waja dan 
Pajero. Kejadian nahas tersebut terjadi hampir Maghrib di mana
 Perodua Kancil yang dipandu di belakang Proton Waja dari arah 
Kota Bharu tiba-tiba bertembung dengan sebuah Pajero yang datang 
dari arah Pasir Mas. Puncanya ialah kerana mengelak dari terlanggar
 susuk lembaga yang tidak dikenali yang tiba-tiba muncul dari arah 
tanah perkuburan itu dan melintasi jalan raya di kawasan terbabit.
 Walaupun kejadian itu agak ngeri di mana kereta Perodua Kancil
 didapati terbalik kerana berlanggar antara satu sama lain dan 
pemandunya tercampak keluar dari kenderaan, tidak ada kejadian
 maut dilaporkan.
Tetapi menurut Pak Lah kejadian tersebut tidak terhenti setakat itu
                                      Haji Dollah Othman.(pak lah)Pak Lah Nasi Kerabu
                                          dari Kampung Baruh, Seberang Pasir Mas-Salor, 


 sahaja. Kejadian terbaru 'Misteri Restoran Sate' yang berlaku pada
 bulan Jun 2005 telah sedia maklum bagi penduduk-penduduk di kawasan 
sekitarnya apatah lagi bagi orang ramai yang melalui lebuh raya itu terpaksa
 menggunakan laluan umum kenderaan terutamanya dari Pasir Mas ke 
Kota Bharu di kawasan tanah perkuburan itu juga.
pengalaman misteri yang dialami oleh salah seorang pemuda dari Pasir 
Mas yang turut menghebahkan cerita ini masih lagi diingatinya kerana beliau
 adalah orang yang keempat sebagai mangsanya. Menurutnya, pemuda
 tersebut memandu kenderaannya dari arah Pasir Mas bertujuan untuk
 ke Kota Bharu kerana menyelesaikan urusannya di sana. Ketika kejadian
 itu menunjukkan jam 2.00 pagi. Akibat desakan perutnya yang terlalu lapar
 beliau singgah sebentar untuk menjamu selera kerana menyangkakan sudah
 pun wujud restoran di kawasan itu, apatah lagi melihatkan ramai orang yang
 turut menjamah hidangan dan membeli makanan kegemaran masing-masing.

Pemuda tersebut sempat menjamah hidangan sepinggan mi berkuah menurut
 makanan kegemarannya. Selesai menjamu selera, beliau turut menempah 
sate enak supaya dibungkus di mana beliau bercadang untuk mengambilnya 
sewaktu pulang dari Kota Bharu nanti, lantas menghulurkan wang sebanyak
 RM17-00 kepada juruwang di restoran berkenaan.

Apabila segala urusan pemuda tersebut selesai di Kota Bharu, beliau pun bergegas
 pulang dan tempat pertama sewaktu pulang ke Pasir Mas ialah untuk singgah 
di restoran itu bagi mendapatkan sate enak yang telah ditempahnya. Alangkah 
terkejutnya, apabila beliau mendapati restoran itu tidak lagi wujud di situ. Agak
 hairan dengan kejadian itu, beliau berjalan mundar-mandir memerhatikan keadaan
 sekeliling tetapi apa yang dapat diperhatikannya ialah tempat tersebut merupakan 
sebuah tanah perkuburan. Manakala wang tunai berjumlah RM17-00 yang telah 
dibayarnya semasa tempahan itu dibuat dapat dilihatnya di atas sebuah batu
 nisan di tanah perkuburan itu.
setelah pemuda tersebut sampai di rumah dan merasa agak ganjil dengan apa
 yang dimakannya, beliau lalu memuntahkan isi perutnya maka keluarlah cacing 
yang menjijikkan dengan banyaknya.

"Pelayan restoran itu lima gadis semuanya, cantik-cantik pulak tu. Bagi pakcik
 benda lain tidak, tentulah hantu pari.

"Pakcik percaya, punca kejadian misteri itu akibat projek lebuh raya yang 
dianggap menceroboh tanah kubur yang ada di situ. Keadaan ini mungkin 
sebagai penyebab makhluk halus yang mendiami kawasan itu geram kerana
 ketenangan hidup keluarga terganggu

Justeru, sebagai manusia yang berakal dan berfikiran waras sepatutnya kita
 sentiasa berhati-hati dengan sesuatu tempat yang belum pernah diteroka 
atau dilalui walaupun kawasan yang kita lihat itu agak terbuka. Ini kerana,
 kita perlu menyedari kelemahan manusia adalah tidak dapat melihat dan
 membezakan makhluk yang wujud di alam ghaib apatah lagi kawasan 
yang belum pernah diusik merupakan tempat permainan dan perkampungan
 makhluk halus yang pasti akan menyakat sesiapa sahaja dan tentunya individu
 yang lalai akan menjadi mangsanya.