Jumaat, 20 Januari 2017

Di Jajahan Kota Bharu, 126 mangsa daripada 93 keluarga dipindahkan ke empat pusat pemindahan manakala 109 orang daripada 33 keluarga dipindahkan ke lima pusat pemindahan di Pasir Mas.














Dikeluarkan pada : 05:28am pada 21 Januari 2017

AMARAN HUJAN LEBAT
 AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT MERAH) 

Hujan sederhana kadangkala lebat yang berlaku di negeri Kelantan (Jajahan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh dan Machang) dijangka berterusan sehingga Sabtu, 21 Januari 2017
                                                  kawasan di G-Orange tunjung

KOTA BHARU - Hujan lebat berterusan sejak semalam, menyebabkan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan di Kelantan meningkat kepada 527 orang setakat 9 malam tadi berbanding 111 orang petang kemarin 
Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi aplikasi infobanjir, sebanyak 16 pusat pemindahan dibuka di lima Jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Bachok, Tanah Merah dan Pasir Puteh.

Di Jajahan Kota Bharu, 126 mangsa daripada 93 keluarga dipindahkan ke empat pusat pemindahan manakala 109 orang daripada 33 keluarga dipindahkan ke lima pusat pemindahan di Pasir Mas.
Jajahan Bachok melibatkan 76 mangsa daripada 22 keluarga ditempatkan di sebuah pusat pemindahan, 75 orang daripada 19 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan di Tanah Merah dan 141 orang daripada 40 keluarga dipindahkan ke tiga pusat pemindahan di Pasir Puteh.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Mohammad Hanafi Maulud ketika dihubungi berkata kampung yang terbabit dengan banjir itu terletak di kawasan rendah dan mudah dinaiki air apabila hujan lebat.
Mohammad Hanafi berkata kesemua sungai utama di negeri ini masih di paras biasa.
Beliau berkata operasi memindahkan mangsa banjir itu dilakukan secara berperingkat sejak pukul 9 pagi kemarin oleh pelbagai agensi yang terbabit dalam pengurusan banjir.
JKM telah menghantar bekalan makanan serta barangan keperluan lain seperti selimut dan tikar ke semua pusat pemindahan yang terlibat,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan