Jumaat, 20 Januari 2017

KOTA BHARU - baru sahaja air naik hampir dua minggu lalu, kini kami terpaksa berpindah ke Pejabat Penggawa dan Dewan Pasar Melor setelah banjir melanda kawasan rumah hari ini,















KOTA BHARU - “Baru sahaja air naik hampir dua minggu lalu, kini kami 
terpaksa berpindah ke Pejabat Penggawa dan Dewan Pasar Melor setelah
 banjir melanda kawasan rumah hari ini,” kata mangsa banjir, Saripah Mamat, 49.
Risau dengan keadaan berkenaan, Saripah berkata, dia bersama 10 lagi
 keluarga yang berpindah ke situ memikirkan kawasan rumah yang dinaiki
 air di Taman Sri Kulim, Melor, di sini, hari ini.
“Setakat ini, sehingga jam 6.30 petang, seramai 11 keluarga dengan 36 mangsa 
dipindahkan dan kami yakin jumlah mangsa berpindah akan bertambah dari 
semasa ke semasa.
“Banjir ini berlaku ekoran hujan tidak henti dari jam 5 petang semalam dan 
kami berdoa supaya keadaan tidak berlarutan,”
Sementara itu, mangsa banjir di Kampung Tiong,  Azlina Bakar, 37, berkata,
 setakat ini, sudah empat kali air naik di kawasan rumah sejak pembinaan 
lebuhraya baru.
“Penduduk Tiong berharap pembangunan ini mempunyai sistem saliran yang 
betul bagi mengelak air naik ke dalam rumah,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan