pintu masuk lubang gua ikan batu bentuk wajah yang menyeramkan
KUALA KRAI kejadian misteri di Gua Ikan yang sering berlaku sejak tahun 1970
dulu malah keadaannya
semakin menjadi-jadi sejak pembukaan rasmi Taman Rekreasi Gua Ikan pada
tahun 2006
sehingga hari ini untuk memberikan gambaran bahawa makhluk halus ingin
hidup tenang
dan bebas dari gangguan, hanya manusia yang tidak berhati perut tetapi suka
menimbulkan
angkara yang sentiasa mengancam kehidupan makhluk berkenaan. Apabila
makhluk halus
membalas dendam, manusia juga yang menderita dan sentiasa di dalam
kesusahan.
Pak Da Soh 51 dari Kampung Gua Ikan,berkata,
kejadian kedua misteri di Gua Ikan itu berlaku pada tahun 2011 yang dialami
oleh rakannya bersama dua sahabatnya yang lain yang juga bekerja sebagai
buruh menurap batu jalan untuk tujuan pembinaan jalan raya di kawasan laluan
umum Gua Ikan itu.
Setelah mendapat izin daripada Pak Da Soh, ketiga-tiga pekerja buruh tersebut
kemudiannya menumpang tidur dan bermalam di surau itu. Namun, dengan tidak
disangka-sangka, berlaku kejadian luar biasa yang menimpa ketiga-tiga mereka,
salah satunya mungkin disebabkan keceluparan mulut dan tutur kata mereka
memburuk-burukkan taman rekreasi itu tentunya telah didengari oleh makhluk
halus yang sering mundar-mandir di malam gelap di taman itu tanpa disedari
oleh mereka.
perhatikan bentuk batu yang menyerupai kepala Muka Gua Ikan, tempat permainan makhluk halus dari bangsa jin.
pukul 1.00 pagi. Dalam sekelip mata, ketiga-tiga mereka melihat tangan
panjang sedang menghulurkannya di balik cermin tingkap surau itu.
Tangan makhluk halus dihulurkan ke arah cermin tingkap surau ini
adalah seorang wanita yang dikatakan agak cantik berpakaian serba putih,
manakala bentuk fizikalnya seperti manusia.
mangsa memang nampak dengan jelas dari arah cermin tingkap yang terbuka susuk
tubuh lembaga wanita terbabit. Tetapi apabila mereka keluar dari surau itu sambil
menggenggam lampu suluh untuk meninjau sambil melihat gerangan lembaga yang
dimaksudkan, lembaga itu tiba-tiba ghaib.
salah seorang mangsa cuba mencabar lembaga tersebut dengan menyatakan jangan
cuba menyakat mereka, sebab mereka tidak takut kepada cabaran lembaga tersebut.
Lalu ketiga-tiga mangsa kembali masuk ke dalam surau itu. Selang dua minit,
dengan tiba-tiba lembaga wanita misteri itu menangis sambil menekup wajahnya
dekat kenderaan Hilux milik mangsa.
mungkin sikap geram lembaga itu terhadap cabaran yang dimajukan oleh seorang mangsa,
lembaga wanita berkenaan kemudiannya menghentak dan memukul kenderaan Hilux mangsa
dengan kuat. Walaupun kenderaan mangsa dipukul agak kuat dan bunyi menggegar suasana
di Taman Rekreasi Gua Ikan pada pagi itu, kenderaannya tidaklah kelihatan kemek atau
remuk tetapi sekadar bergoyang sahaja.
mereka bertiga berdoa dan membaca beberapa potong ayat Al-Quran
dan mereka bertiga naik ke atas kenderaan Hiluxnya lalu mereka bergegas
meningalkan tempat itu
pesanan penting =manusia dan jin adalah makluk ALLAH oleh itu manusia tak perlu takut
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam