Ahad, 22 Januari 2017

KOTA BHARU - Penduduk Kampung Berhala Lima, Limbat, dekat sini, gempar dengan penemuan seekor ikan eksotik dengan mulut yang berahang seperti buaya dan bersirip keras.














KOTA BHARU 22 Jan. - Penduduk Kampung Berhala Lima, Limbat,
 dekat sini, gempar dengan penemuan seekor ikan eksotik dengan
 mulut yang berahang seperti buaya dan bersirip keras.
Ikan yang berukuran satu meter panjang dengan berat tiga kilogram
 itu terkena pada pukat yang dipasang oleh kakitangan Universiti
 Malaysia Kelantan (UMK), Khairudin Mat Lazim, 36, di berhampiran 
Sungai Peringat, dekat sini, pada pukul 6.45 petang semalam.
Khairudin berkata, dia tidak menyangka pikat yang dipasang dalam
 air banjir itu memberikan hasil ikan 'pelik' bersama berpuluh-puluh
 ekor ikan keli Afrika.
"Ketika ditangkap ikan ini agak agresif untuk melepaskan diri daripada
 pukat dan saya tidak tahu spesis sebenar ikan ini," katanya ketika
 ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Hasil pakar ikan mendapati ikan itu dikenali sebagai Alligator Gar yang
 digolongkan sebagai spesis primitif dan berasal dari Amerika Utara.
Katanya, dia meletakkan ikan tersebut di luar rumah untuk tontonan
 penduduk kampung dan tidak berhasrat untuk memakannya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan