Ahad, 22 Januari 2017

KOTA BHARU - kampung Berhala Lima, Peringat, menyimpan 1001 misteri siapa menyangka lagendanya agak unik untuk dikenang













                           Batu inilah yang dikatakan perigi tempat Puteri Saadong bersiram.

KOTA BHARU - LIMA batu besar yang masih kukuh di Kampung Berhala Lima,
 Peringat, Kota Bharu ini diakui kurang diketahui kewujudannya,
 namun tiada siapa menyangka lagendanya agak unik untuk dikenang.

 tempat lima batu besar yang ada di pinggir Sungai Kemasin (Peringat)

 sebagai tanda kita hadir ke tempat tinggalan sejarah berkenaan.

 Terletak di ceruk kepesatan Bandar Satelit Pasir Tumboh ke

 Limbat (Gutong), Kampung Berhala Lima menyimpan khazanah
 batu besar yang didakwa pernah menjadi tempat bersiram Puteri 
Saadong suatu masa dahulu.

 Menurut penduduk, Siti Fatimah Mamat, 76 berkata, nenek moyangnya

 pernah menceritakan sejarah kampung tersebut bermula apabila
 pengasuh Puteri Saadong iaitu Awang Selamat memikul batu datang
 sehingga ke Bukit Marak.

 “Sejak beratus tahun dahulu, lima batu kecil yang dipikul Awang 

Selamat jatuh ke kampung ini, manakala batu-batu besar jatuh di 
Kampung Bukit Marak, berdekatan kampung ini.

 “Sebelum ini, kampung ini dipanggil Kampung Tok Batu, namun 

setelah lima batu ini dipuja (Kelantan memanggil ‘puja’ sebagai
 ‘berhala’), lalu nama baru kampung ini menjadi Kampung Berhala
 Lima,” katanya yang tinggal 100 meter dari tempat lima batu berkenaan.

 Lagenda kampung ini bermula apabila pada ketika itu, Puteri Saadong

 menjadikan lima batu tersebut sebagai tempat persinggahan untuk
 bersiram dan bermain-main pada waktu kelapangan.

 “Dahulu, sesiapa yang akan mengadakan kenduri datang memberikan

 salam dan menyatakan hasrat meminjam pinggan-mangkuk milik Puteri 
Saadong, lalu dikatakan Puteri Saadong menghulurkan apa yang diminta
 penduduk.

 “Penduduk ketika itu tidak dapat melihat wajah sebenar Puteri Saadong,

 sebaliknya hanya boleh melihat separuh tangan yang menghulurkan
 barangan dipinjam,” 

 Bagaimanapun, berlaku perlanggaran perjanjian apabila Puteri Saadong

 dikatakan merajuk dan membawa diri ke Gunong Ayam
 (Sempadan Kelantan-Pahang) setelah mendapati barang pinjaman rosak.

 “Apa yang menyedihkan Puteri Saadong, barangan seperti

 pinggan-mangkuk yang dipinjam dihantar tidak cukup dan rosak,
 malah penduduk tidak memaklumkan masalah itu,” 

 Bagi Abdul Kadir Mat, 74, jika ditinjau ke tempat legenda berkenaan,

 terdapat lima batu besar dengan kawasan sekelilingnya paya kering 
tanah beralun-alun.

 “Lima batu ini dilihat ada yang kecil dan ada yang besar (batu gajah).

 Satu batu kelihatan seperti jelujur (jalan yang diperbuat daripada batu)
 kononnya digunakan sebagai hamparan untuk Puteri Saadong pergi 
ke tempat bersiram.

 “Di tempat bersiram pula terdapat perigi kecil dan pada perigi berkenaan

 terdapat batu seolah-olah menghadang Puteri Saadong ketika mandi,”
 katanya.

 Sementara itu, bagi penduduk asal, Deraman Nor, 70 berkata, suatu 

masa dahulu, mengikut cerita orang terdahulu, setahun sekali hadir
 ‘harimau jadian’ yang datang ke tempat batu berkenaan, namun 
sekarang ia hanya tinggal cerita.

 “Tempat ini menjadi kawasan pemujaan bomoh,dan ada penduduk

 kampung di zaman dulu memuja lima batu ini supaya puteri saadong 
kembali pulang di sebabkan terlalu banyak pemujaan di lakukan 
maka datang  hantu kopek(jin kafir)  namun mereka yang datang meminta
hajat di kenakan penjanjian supaya meletakan makanan di batu 
jika melangar syarat hantu kopek akan menganggu penduduk kampung
dan menyembunyikan kanak kanak di alam ghaid dalam tempoh tertentu
Hantu kopek  sangat suke menculik mangsa terutama kanak kanak  dan menyembunyikannya mangsa di alam ghaib. 
Orang tua selalu menakutkan bebudak kampung ngan ceriter
 hantu kopek nie.
 Hantu ni sangat la misteri.Ada yang pernah bersua muka dengan 
hantu kopek nie cakap hantu 

kopek ni mempunyai kopek yang sangat besar dan kopek sampai ke kaki


 sehingga kini, tiada lagi pemujaan memandangkan lebih 200 
keluarga kampung ini adalah Melayu dan beragama Islam,” 

 Bagi pesara kakitangan awam, Mat Esa Mohamad, 59, penduduk 

sudah mengadakan perbincangan mahu pihak berkaitan menukar 
nama kampung memandangkan maksudnya tidak elok.

 “Berhala tidak sesuai kerana ia bermaksud pemujaan, jadi kami 

setuju pilih nama Kampung Batu Lima sempena lima batu besar
 yang menjadi tinggalan sejarah. Kami juga mahu pihak tertentu
 jadikan tempat ini sebagai kawasan rekreasi, sesuai untuk 
berkelah bersama keluarga kerana ia kawasan kebun buah-
buahan dan getah,” 

 Menariknya, katanya, ia terletak di tepi sungai yang masih

 terpelihara dengan ekosistem hidupan dan menjadi tumpuan
 pemancing, lalu penduduk bersetuju jika kolam mandi dibina 
sebagai tarikan pelancongan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan