TANAH MERAH - 3-1-2017 Jalan Chekok Ipoh, dekat sini, yang menghubungkan beberapa
kampung kembali dinaiki air dan tidak boleh dilalui semua kenderaan awal pagi
 tadi berikutan hujan berterusan sejak tengah malam semalam.
Jalan itu mula dinaiki air sejak hari kedua banjir, Ahad lalu, namun boleh dilalui
kenderaan sejak petang semalam.
Turut ditenggelami air jalan menghubungkan Kampung Kerilla dan Sokor selepas
 laluan berkenaan dinaiki air, awal pagi tadi.
Sementara itu, beberapa kawasan di Dun Gual Ipoh yang terlibat banjir mengalami
masalah terputus bekalan elektrik sejak malam tadi.
Antara kawasan terlibat ialah Chekok Ipoh, Jerangau, Kulim, Terasil, Tirok dan
 Kuala Paku yang mengalami masalah tersebut sejak jam 5.30 pagi.