Selasa, 3 Januari 2017

SUASANA banjir di jalan utama sekitar pekan Rantau Panjang ada penduduk berdekatan yang mengatakan ternampak ular seperti naga hanyut di sungai Golok














                SUASANA banjir di jalan utama sekitar pekan Rantau Panjang yang
 ditenggelami air akibat limpahan dari Sungai Golok kerana hujan berterusan sejak Jumaat 

KOTA BHARU: 4.1.2017 Hujan lebat berterusan menyebabkan jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 8, 878 mangsa hari ini. Kesemua mangsa membabitkan 
2, 866 keluarga itu ditempatkan di 81 pusat pemindahan di sembilan daerah.
 Berdasarkan portal e-Banjir, hampir kesemua daerah di negeri itu sudah
 dibuka pusat pemindahan melainkan Gua Musang. Pasir Mas masih 
mencatatkan bilangan mangsa paling ramai iaitu 4,545 mangsa daripada 
1,790 keluarga yang berada di 27 pusat pemindahan. Kira-kira 80
 peratus penduduk di daerah berkenaan terbabit dengan banjir yang 
melanda Kelantan sejak Sabtu lalu. Manakala, Kuala Krai mencatatkan
 seramai 1, 451 mangsa (350 keluarga); Machang 840 mangsa (209
 keluarga); Kota Bharu 682 mangsa (170 keluarga). Manakala Tanah Merah
 638 mangsa (135 keluarga); Pasir Puteh 217 mangsa ( 58 keluarga); Bachok
 107 mangsa (27 keluarga); Tumpat 45 mangsa ( 11 keluarga). Sementara itu, 
Jeli beransur pulih apabila hanya mencatatkan 29 mangsa daripada 11 keluarga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan