Rabu, 4 Januari 2017

MACHANG, Misteri rumah penginapan terbiar di Hutan Lipur Bukit Bakar di percayai tempat tinggal makhluk halus ....................................................














             Rumah penginapan kosong dan terbiar. Kini dikatakan menjadi rumah hantu langsuir.



MACHANG, :  HUTAN LIPUR BUKIT BAKAR yang terletak 13 kilometer dari bandar Machang,

 Kelantan dan 63 kilometer dari pusat bandar Kota Bharu adalah sebuah lata atau sungai
 berjeram selain tempat perkelahan untuk keluarga mandi manda serta kawasan sesuai untuk
 aktiviti perkhemahan.

 Walaupun hutan lipur ini adalah tempat sesuai untuk menenangkan 
fikiran di samping dapat menyedut udaranya yang segar sambil menikmati panorama hutannya
 yang menarik dan mempesonakan,

 namun di sebalik keindahan dan hutannya yang teduh itu,
 Hutan Lipur Bukit Bakar sebenarnya menyimpan suatu kisah misteri yang hanya diketahui
 oleh penduduk tempatan sahaja.

Misalnya tragedi lemas penuh misteri sejak pembukaan hutan lipur ini pada tahun 1975
 malahan kejadian yang sama berlaku pada tahun 2003, 2004 dan 2005 itu sedikit sebanyak
 menjadikan pengunjung seakan fobia kerana kejadian sedemikian sememangnya tidak masuk 
akal apabila air yang tenang lagi cetek itupun boleh menyebabkan mangsa terkapai-kapai
 kelemasan dan menemui maut 
            sila pilih hari yang cuaca yang  baik untuk keselamatan kluaga anda 
           kepala air sungai menjadi ganas bila berlaku hujan di atas bukit tampa kita sedari

seorang pengusaha gerai makanan di tebing sungai di hutan lipur itu,
 Mohd. Asri Mahmud, 51, mengakui malah tidak menolak bahawa hutan lipur berkenaan
 ada penunggunya. Ini kerana, setiap kali pengunjung yang datang untuk mandi manda
 dengan membuat bising dan tidak dapat mengawal diri ketika itulah kejadian lemas
 berlaku penuh tragis dan bermisteri.
          bila anda masuk kawasan ni anda akan lihat papan notis ni cuba lihat no 8 jangan bising 

pesanan=biarlah hantu dgn dunia dia kita sbgai manusia wajib saling mnghormati makhluk alam
ghaid mahupun alam nyata dan nikmati keindahan alam 

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. Minta tuan alih keluar atau delete sekali foto saya dan beberapa ayat dari artikel asal saya.

    BalasPadam