Isnin, 2 Januari 2017

PASIR PUTEH - Misteri Perkampungan orang Bunian di Jeram Pasu terbongkar Di sinilah dipercayai tujuh buah pasu ditemui oleh seorang wanita penduduk kg berdekatan dan di sini juga pintu alam ghaib ke perkampungan bunian.














                      Gua batu kapur di sebalik pohon yang tumbuh subur di perkampungan bunian.

PASIR PUTEH, : JERAM PASU yang terletak di Kampung Padang Pak Amat dalam 
jajahan Pasir Puteh, Kelantan merupakan pusat rekreasi paling awal dibuka di 
daerah berkenaan yang jaraknya kira-kira 35 kilometer di Selatan Kota Bharu
 serta 16 kilometer dari bandar Pasir Puteh. Jeram Pasu adalah kawasan air
 terjun pertama di Kelantan yang menyediakan tempat berteduh serta pelbagai
 kemudahan lain untuk keselesaan pengunjung seperti kolam mandi untuk kanak-
kanak dan dewasa, surau, bilik persalinan, wakaf rehat, gerai makanan, tandas,
 trek pejalan kaki, tapak perkhemahan untuk bermalam kepada pengunjung 
serta tempat parkir kenderaan yang agak luas turut disediakan di Jeram Pasu.

Asal usul nama jeram pasu

Jeram Pasu selain mempunyai asal usulnya, tempat ini sememangnya bermisteri. 
Jeram Pasu pada asalnya tidak mempunyai sebarang nama. Namun salah seorang
 wanita 
peneroka tanah  Hasil usaha dan penat lelahnya itu, akhirnya 
 terlalu asyik menebas dan membersihkan kawasan terpencil yang pada awalnya
 diselubungi hutan tebal,
 akhirnya kawasan terbabit boleh dilihat dengan jelas dan didapatinya terdapat 
sebuah jeram yang
 dialiri air yang mengalir seperti air terjun. Pada awalnya,
selang beberapa lama  terlihat sebanyak tujuh buah pasu yang kelihatan jelas dalam
 pandangan matanya. Pada mulanya, wanita itu memang agak hairan, kenapa boleh 
jadi begitu? Tetapi jika difikirkan berlaku di kawasan hutan, amat mustahil pasu 
panjang 2 depa  itu boleh wujud di tempat itu dalam sekelip mata kecuali di alam 
ghaib. Disebabkan sifat ingin tahu tentang pasu tersebut begitu melonjak dalam 
dirinya, wanita itu  cuba mengetuk ketujuh-tujuhnya untuk menguji adakah pasu 
yang terpampang di depan matanya itu pasu yang sebenar atau sekadar jelmaan 
semata-mata.

Setiap pasu sebanyak tujuh buah itu diketuknya berulang kali dengan mengalunkan 
bunyi yang berbeza-beza. Selang beberapa lama moyangnya berbuat demikian,
 dengan tidak semena-mena beliau melihat beberapa lembaga seperti manusia
 keluar dari arah itu, seperti keluar dari sarang yang tidak kelihatan (alam ghaib).
 Malah selang beberapa lama pula lembaga yang keluar tadi masuk balik ke
 tempat tersebut lalu ghaib di situ. wanita itu yang tidak berfikir panjang segera
 masuk ke tempat berkenaan kerana beliau tidak mengetahui bahawa tempat
 itu adalah penempatan atau perkampungan ghaib makhluk bunian. Sejak 
hari itu wanita itu  tidak pulang-pulang ke rumah. Hal ini tentunya meresahkan
 keluarganya lantas mereka mengadakan majlis tahlil untuknya kerana
 menyangka telah meninggal secara ghaib

dengan tidak semena-mena wanita itu muncul kembali di rumahnya dalam
 keadaan kusut-masai seperti dikerjakan oleh sesuatu. Setelah dapat
 menenangkan diri beberapa hari, barulah wanita itu dapat mengingati
 kembali peristiwa tersebut bahawa di kawasan hujung jeram itu adalah
 sebuah perkampungan bunian dan pasu yang dijelmakan sehingga dapat 
dilihatnya sebanyak tujuh buah itu adalah harta milik makhluk bunian berkenaan.
 Dalam tujuh buah pasu itu dikatakan mengandungi pelbagai jenis 'harta karun'
 dan wanita itu  dianggap orang pertama yang dapat melihat harta milik bunian
 di kawasan hujung jeram itu. Bermula dari situlah, Jeram Pasu mendapat nama.
.sampai sekarang
                           jln menuju ke jeram pasu

        kolam paling selamat untuk kanak kanak dan dewasa


                  pintu masuk tiada bayaran masuk free



         tangga pejalan kaki ke tingkat atas Jeram Pasu.

                    suasana tingkat atas jeram pasu

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. Tuan diminta delete foto dari artikel asal saya dalam Relatif termasuk ayat dalam artikel yang diubah suai. Ada di antara foto tersebut yang tuan cop logo tuan yang menganggap tuan sebagai pemilik foto tersebut.

    BalasPadam