Ahad, 1 Januari 2017

KUALA KRAI - 5 sekolah di tutup hari ni Hujan berterusan di, Kelantan (Daerah Pasir Puteh,kota bharu. Machang, Tanah Merah, Jeli dan Kuala Krai) dan Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu dan Dungun) berterusan sehingga Isnin 2 Januari 2017..........................













KUALA KRAI - Lima sekolah berada di kawasan berisiko  tidak dapat dibuka hari ni kerana
 arus deras yang merbahaya kepada guru serta pelajar.
Kedudukan sekolah yang perlu dihubungkan dengan bot menyebabkan guru serta pelajar
 Sekolah Kebangsaan (SK) Pemberian, SK Bahagia, SK Ladang Taku, SK Pasir Kelang 
dan Sekolah Menengah Ugama (Arab) Saadatul Qura, Kampung Bahagia berkemungkinan
 tidak dapat ke sekolah.
Ini bermakna empat sekolah kecuali Sekolah Menengah  Ugama (Arab) Saadatul Qura, 
Kampung Bahagia belum memulakan persekolahan tahun ini.
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Krai, Sazali Ibrahim berkata, penutupan ini 
membabitkan 85 guru, 576 murid serta dua orang anggota kumpulan pelaksana (AKP).
Beliau berkata, persekolahan pelajar di SK Kuala Nal, SK Karangan, SK Pasir Gajah 
dan Sekolah Jenis Kebangsaan Pasir Gajah pula bergantung kepada cuaca.
"Hari ini, seramai 1,907 daripada 2,009 guru, serta 13,355 murid daripada jumlah keseluruhan
 17,106  hadir ke sekolah,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan