IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan menjalankan siasatan terhadap sekumpulan
remaja yang memanjat papan tanda gergasi Ipoh yang viral di laman sosial.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata, MBI tidak pernah memberi
kebenaran kepada mana-mana pihak memanjat papan tanda tersebut kerana
ia amat berbahaya dan berisiko tinggi.
ia bukan sahaja membahayakan nyawa individu yang memanjat struktur
papan tanda itu tetapi melibatkan keselamatan pengguna jalan raya iaitu Jalan
Kuala Kangsar yang sangat sibuk.
"Struktur yang didirikan itu bukan untuk menampung beban tambahan seperti
berat individu-individu tersebut dan sekiranya selepas ini berlaku sebarang
insiden yg melibatkan perkataan 'IPOH' tersebut tumbang dan menimpa
pengguna-pengguna jalan raya, pihak MBI ingin menegaskan bahawa
ia berkemungkinan besar berpunca daripada pencerobohan yang dilakukan
oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini.
MBI akan menjalankan siasatan terhadap sekumpulan remaja tersebut dan
akan membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan keras dikenakan
terhadap individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini serta akan mengambil
tindakan di bawah Undang-Undang Kecil Vandalisme yang mana hukumannya
adalah denda atau penjara atau kedua-duanya sekali,"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan