KOTA BHARU - Mayat dua pelajar yang lemas di Pantai Tok Bali
seminggu yang lalu, akhirnya ditemui di Pantai Tak Bai, Narathiwat
Thailand kira-kira 80 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai lemas.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, setakat ini
identiti kedua-dua mangsa sudah dikenal pasti oleh keluarga masing-masing.
Mayat Amir Azfar Rafa, 13, dijumpai penduduk kampung di pantai berkenaan
kira-kira jam 9.30 malam manakala, mayat Ahmad Haziem Anizam, 14,
dijumpai pada jam 10.30 pagi
Difahamkan jarak di antara kedua dua mayat itu kira-kira lima kilometer.
Kedua-dua mayat kemudian dibawa ke Hospital Narathiwat, Thailand
Tiada ulasan:
Catat Ulasan