Sabtu, 31 Disember 2016

TANAH MERAH - Tiga sekeluarga yang terperangkap dalam rumah selepas banjir kilat melanda Kampung Air Limau, Mukim Peralla, awal pagi tadi, berjaya diselamatkan















TANAH MERAH - Tiga sekeluarga yang terperangkap dalam rumah
 selepas banjir kilat melanda Kampung Air Limau, Mukim Peralla, 
dekat sini, awal pagi tadi, berjaya diselamatkan penduduk kampung itu.
Penghulu Mukim Peralla, Mustapha Che Ibrahim berkata, kejadian 
kira-kira jam 6.30 pagi itu membabitkan wanita berumur 60-an dan 
dua anaknya yang berusia belasan tahun.
Menurutnya, dia bersama beberapa penduduk terpaksa menggunakan
 tali dan bot untuk menyelamatkan keluarga itu sementara menunggu
 ketibaan pasukan penyelamat.
"Alhamdulillah, tiga beranak terbabit berjaya diselamatkan dan kini 
ditempatkan di sebuah berek di hadapan rumah mereka," 
Mustapha berkata, kawasan rumah terbabit memang mudah dinaiki air 
apabila hujan lebat berterusan kerana terletak berhampiran sungai.
"Mereka sudah bersiap sedia untuk pindah selepas hujan lebat bermula 
kira-kira jam 5 pagi tetapi air naik terlalu cepat menyebabkan mereka 
tidak sempat keluar rumah," katanya.
Setiausaha Majlis Tindakan Dun Gual Ipoh, Mohd Kassim Mohd Noor pula
 berkata, pihaknya menghantar Skuad Banjir Dun itu bersama bot sebaik 
sahaja mendapat maklumat ada mangsa terperangkap di kampung tersebut.
"Tetapi bila kita sampai, mangsa sudah diselamatkan penduduk kampung,

2 ulasan: