KUALA KANGSAR – Seorang warga emas berusia 70 tahun diselamatkan
anggota bomba setelah cuba terjun dari tebing Sungai Kangsar
di Kampung Tersusun Mayang Sari
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, wanita tersebut berjalan
kaki sejauh 100 meter dari rumahnya, namun disedari jiran dan cucunya.
Mereka bertindak memegang dan memujuk mangsa yang berdiri di tebing
sungai dipenuhi lalang itu, namun gagal kerana dia bertindak agresif.
Tiga individu berkenaan berusaha memegangnya daripada terjun sungai
berarus deras, sehingga pihak bomba tiba membantu membawa mangsa
ke tempat selamat.
Difahamkan, dia menuju ke arah sungai setelah mendengar suara ghaib
memanggilnya.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Samsu Bahrin
Aziz berkata, sepasukan bomba ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan
kecemasan kira-kira jam 10.38 pagi.
“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa dipegang tiga orang awam yang berada
di tebing sungai. Empat anggota bertindak memujuk dan memegang mangsa dan
membawanya ke tempat yang selamat.
“Mangsa bertindak agresif dengan menendang dan meracau dengan suara garau.
Setelah berjaya menyelamatkan, kita menyerahkan kepada hospital untuk rawatan lanjut
Tiada ulasan:
Catat Ulasan