Selasa, 24 Januari 2017

Adegan rogol berkenaan disiarkan secara langsung dalam satu kumpulan Facebook live,Beberapa penonton yang menyaksikan video berkenaan telah membuat laporan kepada polis













STOCKHOLM - SWEDEN. Tiga lelaki ditahan di Sweden disyaki merogol
 seorang wanita dan menyiarkan secara langsung melalui Facebook Live.
Insiden menggemparkan negara itu dilaporkan berlaku di Uppsala, kira-kira
 setengah jam dari utara ibu negara, Stockholm.
"Adegan rogol berkenaan disiarkan secara langsung dalam satu kumpulan
 Facebook," kata polis dalam satu kenyataan.
Beberapa penonton yang menyaksikan video berkenaan telah membuat 
laporan kepada polis.
Polis menyerbu apartmen di bandar berkenaan dan menahan tiga lelaki 
yang lahir di antara tahun 1992 dan 1998 dan turut menemui seorang wanita 
berusia 31 tahun.
Media tempatan melaporkan, video berkenaan telah dibuang dari Facebook
 dan polis merayu sesiapa yang mempunyai salinan video berkenaan tampil 
menyerahkannya kepada polis.
Facebook Live membolehkan sesiapa sahaja menyiarkan video secara
 langsung dari telefon pintar mereka.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan