KOTA BHARU, KELANTAN: JAMBATAN GANTUNG yang terletak di Sungai Kampung Chengal,
Ketereh, Kelantan pada masa dulu dibina dari batang buluh di mana di bahagian
bawahnya diletakkan beberapa buah pelampung sejak 30 tahun lalu agak tersohor
dengan kejadian misteri. Jambatan Gantung yang dibina pada tahun 1978 itu hanya
boleh dilalui kenderaan ringan seperti basikal dan motosikal sahaja itu memang
berpuaka. Ini kerana menurutnya, warga tempatan sedia maklum jambatan berkenaan
memang ditakuti ramai disebabkan mereka pernah terlihat jelmaan hantu air di sungai tersebut.
Sehinggalah jambatan berkenaan diganti baru dikenali
Jambatan Putra' telah dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Ke-4,
Tun Sri Mahathir Mohamed yang menghubungkan Kampung Chengal dengan Padang Halban,
masih lagi berlaku kejadian yang menyeramkan dan menakutkan penduduk setempat.
Walaupun jambatan berkenaan kini telah dijadikan lokasi pemancing, namun golongan
pemancing yang datang ke situ sentiasa membawa teman untuk mengelakkan kejadian diganggu oleh makhluk halus yang berkampung di situ.
salah sorang pemancing di atas jambatan terlihat orang memancing di bawah tiba
tiba ghaid mungkin makhluk halus turut sama memancing di atas rumput ini.
Di sebelah kanan jambatan gantung itu dikenali sebagai 'pengkalan mandi' yang menjadi
tempat golongan remaja untuk mandi, manda, berenang dan bermain air kerana airnya agak dingin dan menyegarkan badan jika mandi di waktu panas matahari. Namun, suatu kejadian
misteri telah berlaku pada pukul 12.00 tengah hari apabila salah seorang remaja perempuan
yang sedang mandi bersama lima rakannya yang lain didapati ghaib di sungai tersebut
Remaja perempuan itu kemudiannya muncul selepas empat hari berlalu kerana ikhtiar seorang
bomoh, menyebabkan makhluk itu mengembalikannya
Tahun 2008 salah seorang penduduk dari Kampung Chengal turut disakat makhluk halus
di bawah jambatan berkenaan apabila perahu yang dinaikinya tiba-tiba tidak dapat bergerak
seolah-olah sedang ditarik oleh suatu kuasa yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Setelah berkeras dengan makhluk ghaib itu, barulah perahu yang didayungnya itu dapat meluncur seperti biasa
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam