Selasa, 27 Disember 2016

TANAH MERAH, Misteri kubur di Bukit Panau terbongkar.Bukit Panau pernah dijadikan sebuah tempat untuk bertapa,di zaman dulu.............















TANAH MERAH, Misteri kubur di  Bukit Panau terbongkar...Bukit Panau yang terletak
di laluan Pasir Mas ke Tanah Merah di Kampung Bukit Panau yang berjiran dengan
Kampung Sungai Keladi memang sohor zaman  dulu. Bukit Panau bukan sahaja pernah
dijadikan sebuah tempat untuk bertapa, bersuluk, beruzlah dan mengasingkan diri untuk
memantapkan lagi tuntutan ilmu kebatinan dan kerohanian. Tetapi Bukit Panau pernah
dijadikan sebagai "landmark" bagi pelaut antarabangsa yang mudah diakses dari Laut
 China Selatan.
              Bukit Panau dirakam dari Kampung Pengkalan Kiat, Machang, Kelantan.
Dikatakan, asal usul nama negeri “Kelantan” berasal dari tempat itu apabila kumpulan
 Wali Songo yang diketuai Sunan Bonang datang ke Bukit Panau itu dan apabila kedua-
duanya bersalam terbitlah “kilatan” dari arah gua di bukit itu sebanyak tiga kali.
Dari istilah kilatan mewujudkan nama Kelantan dikekalkan sehingga hari ini


Persoalannya, makam siapakah yang terdapat di puncak Bukit Panau itu?
 Ada yang mendakwa, makam itu milik Sayed Hussein Jamadil Kubra, 
malah terdapat versi lain menyatakan makam itu adalah milik 
Sayed Thananuddin kerana beliau seorang alim terawal bertapa 
dalam gua itu. Malah ada yang mendakwa makam itu adalah 
milik kedua-duanya.





1 ulasan: