Isnin, 26 Disember 2016

TUMPAT - Salah sorang budak penduduk berdekatan mengatakan ada raksasa keluar dari lubang jalan ini menjadi laluan pintas bagi sesetengah pengguna jalan raya sekiranya jalan utama di Kota Kubang Labu menghala ke Wakaf Bharu mengalami kesesakan yang teruk.












TUMPAT - Penduduk Kampung Dusun Langgar resah apabila jalan pintas yang dilalui mereka mula mendap sehingga membentuk dua lubang besar.
Lebih membimbangkan mereka apabila kejadian lubang besar itu adalah disebabkan masalah saluran pembetung air dan ketika musim banjir sekarang ini air laluan di bawah jalan itu berarus deras.
Penduduk, Norhisyam Mustapha berkata, apa yang dibimbangkan adalah keselamatan penduduk kerana laluan ini adalah laluan utama dan sering dinaiki air sekiranya hujan.
“Saya khuatir waktu air melimpah, ada kereta lalu, mereka tidak nampak lubang sedalam kira-kira 0.5 meter,” katanya.
Menurutnya, lagi pun jalan ini menjadi laluan pintas bagi sesetengah pengguna jalan raya sekiranya jalan utama di Kota Kubang Labu menghala ke Wakaf Bharu mengalami kesesakan yang teruk.
“Ramai menggunakan jalan ini kerana ia jalan pintas dari Dusun Langgar ke Taman Mimi dan seterusnya menghala ke Wakaf Bharu.
“Bagi yang tidak biasa melalui jalan ini, tentunya mengundang bahaya dan paling dibimbangkan khuatir jalan ini runtuh,” katanya.
Norhisyam berkata, jalan ini yang melintasi saluran pembetung air juga tidak mempunyai pagar dan bila lubang besar itu terbentuk dikhuatiri ada kenderaan mengelak lubang dan tergelincir.
“Saya harap masalah ini mendapat perhatian pihak berkaitan demi keselesaan penduduk di sini, perlu bertindak segera khuatir ia semakin teruk,” katanya.
Tambahnya, baru-baru ini, ada kenderaan penduduk kampung terjerlus ke dalam lubang itu gara-gara menyeberanginya ketika air melimpah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan