Jumaat, 23 Disember 2016

motif pembunuhan semakin jelas : Dua lagi lelaki berusia 25 tahun dan 20-an ditahan petang kelmarin, berhubung kematian seorang wanita warga emas .................















Bachok: Dua lagi lelaki berusia 25 tahun dan 20-an ditahan petang kelmarin, berhubung 
kematian seorang wanita warga emas dalam kejadian samun di sebuah rumah di Kampung
 Kuala Gris, Dabong Kuala Krai, Isnin lalu. Tangkapan dibuat di Kampung Kuala Gris yang 
menjadikan tiga lelaki yang ditahan polis termasuk anak lelaki mangsa berusia 35 tahun yang
 ditangkap Selasa lalu. Ketua Polis Kelantan, Datuk Ab Rahman Ismail berkata, pihaknya
 kini sedang memburu dua suspek utama kes itu yang berusia 20-an yang kini bersembunyi
 di dalam hutan di kawasan berdekatan. "Kita mendapat maklumat, mereka berada di dalam
 hutan dan polis sudah ke lokasi berkenaan dan menemui beberapa komponen motosikal
 jenis Yamaha RXZ milik mangsa yang sudah dilerai. "Hasil siasatan, polis mendapati kes 
itu berlaku kerana anak mangsa mempunyai hutang dadah RM30,000 dengan dua suspek
 utama berkenaan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Jelawat, di sini, hari ini.  mangsa,
 Rohani Musa, 60, ditemui mati dalam keadaan mulut, kaki dan tangan diikat dengan kain
 dipercayai dibunuh. Kejadian itu disedari anak lelaki mangsa pada jam 1.30 pagi Isnin lalu 
yang menemui ibunya dalam keadaan tidak sedarkan dan terikat di bahagian ruang tamu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan