Jumaat, 23 Disember 2016

KOTA BHARU - Misteri terbongkar Penduduk di Taman Buaya (PCB) gempar selepas menemui tengkorak dan tulang manusia di kawasan semak di jalan Taman Buaya















KOTA BHARU - Penduduk di Taman Buaya gempar selepas menemui tengkorak dan tulang manusia di kawasan semak di jalan Taman Buaya  petang rabu lalu
Dalam kejadian jam 4.30 petang itu,tengkorak terbabit ditemui penduduk yang sedang
 menambat lembu di kawasan terbabit.
Ekoran penemuan itu penduduk membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Hasil pemeriksaan yang dilakukan polis di kawasan itu turut menemui dompet milik
Nik Soh Nik Umar dan mengambil keterangan itu untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu berkata, melalui
 siasatan dilakukan di kawasan kejadian mendapati laluan itu jarang digunakan.
"Kita percaya kawasan itu merupakan tempat menambat lembu dan terdapat bangsal  yang
 telah lama tidak digunakan.
"Dipercayai mangsa berusia 53 tahun dan berasal dari Kampung Semut Api Pantai Cahaya
 Bulan hasil penemuan dompet di kawasan penemuan tengkorak itu,"
Baharom berkata,turut dijumpai di kawasan kejadian kasut dan pakaian dipercayai milik
 mangsa namun tiada sebarang senjata mencurigakan dijumpai di kawasan itu.
"Kita masih menjalankan siasatan berhubung kes terbabit bagi mengenal pasti punca kematian,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan