Sabtu, 24 Disember 2016

KOTA BHARU Hujan berterusan di beberapa kawasan di negeri ini sejak Khamis lalu, memberi kesan kepada kenaikan paras air di beberapa sungai utama















KOTA BHARU –Hujan lebat dijangka berlaku di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang 
mulai dari Isnin, 26 Disember 2016 sehingga Rabu, 28 Disember 2016. Hujan berterusan 
di beberapa kawasan di negeri ini sejak Khamis lalu,
 memberi kesan kepada kenaikan paras air di beberapa sungai utama 
Amaran angin kencang dan laut bergelora juga dikeluarkan Jabatan Meteorologi kelmarin, 
melibatkan Kelantan dan Terengganu dan ia dijangka berlaku sehingga lewat petang kemarin
Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam dan laut bergelora
 dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter, iaitu setinggi 11 kaki dan keadaan tersebut membahayakan bot-bot kecil.
Menurut portal banjir kerajaan negeri pula, sehingga jam 6 petang kemarin, hanya Sungai Golok di 
Rantau Panjang yang mencatatkan bacaan 8.24 iaitu melebihi paras bahaya 8.00 meter.
Sungai Galas di Dabong mencatatkan bacaan 28.84 iaitu melebihi paras normal iaitu 28.00,
 Sungai Lebir di Tualang pula mencatatkan 24.09, juga melebihi paras normal 23.00 meter.
Bacaan paras air Sungai Kelantan pula turut dicatatkan melalui tiga kawasan utama iaitu 
Tangga Krai, 16.67 di bawah paras normal (normal 17.00)
,1 di Jambatan Guillemard 11.05, melebihi paras normal 10.00 meter
2 Tambatan Diraja, 0.89, juga di bawah paras normal (1.00) meter.
3 Sungai Golok di Jenob pula mencatatkan bacaan 20.17, melebihi paras normal 19.00
 4 Sungai Semerak di Pasir Putih pula mencatat 0.79 meter, melebihi paras normal 0.40 meter.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan