Sabtu, 17 Disember 2016

Misteri PULAU TENGKORAK terbongkar yang terletak di kg Geting, Pengkalan Kubor, Tumpat di percayai pulau puaka makhluk halus...............














TUMPAT,  PULAU TENGKORAK adalah sebuah pulau cukup misteri dan dilaporkan menjadi tempat persinggahan sekumpulan lanun pada tahun 1969 dulu. Pulau ini terletak bersempadan di antara Kelantan dengan Thailand bagi daratan sebelah sini di Kampung Geting, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan yang dipisahkan sebuah sungai berjarak kira-kira 200 meter.
             
               melaungkan Azam untuk menghalau makhluk halus semasa berada di pulau tengkorok

Para penduduk dari Kampung Geting ini memang sedia maklum tentang cerita pulau tidak berpenghuni itu, selain dikenali pulau lanun ia juga didakwa sebagai 'pulau puaka'.Seorang penduduk , Zakaria Mamat atau Pak Ya, 43, berkata, sememangnya Pulau Tengkorak kelihatannya agak tenang tetapi kejadian yang berlaku agak tidak masuk akal, banyak misterinya yang belum terungkai.

Katanya, Pulau Tengkorak mendapat nama berikutan penemuan rangka dan tengkorak orang mati dibunuh telah dihumbankan ke pulau itu Seorang nakhoda kapal yang merupakan Ketua Lanun dan juga raja kejam bernama Tok Sang Niaya telah membunuh sekurang-kurangnya 1,000 orang yang engkar arahannya lalu dengan kejamnya mayat itu dicampakkan ke pulau tersebut. Sehingga hari ini kebanyakan penduduk dari Kampung Geting seakan gementar apabila mendengar cerita pulau tersebut.
Seorang lagi penduduk tempatan  Wan Zainab binti Wan Hassan, 38, berkata,pernah melihat perempuan berpakaian selindang seperti tujuh beradik,  puteri bunian dari Pulau Tengkorak

1 ulasan: