Ahad, 18 Disember 2016

KOTA BHARU Koperal polis mengaku tidak salah di mahkamah sesyen,terhadap tuduhan melakukan rompakan bersenjata di sebuah stesen minyak di Tunjong,












KOTA BHARU - Lima termasuk seorang Lans Koperal polis mengaku tidak salah di mahkamah sesyen, di sini, terhadap tuduhan melakukan rompakan bersenjata di sebuah stesen minyak di Tunjong, di sini, dua bulan lalu.
Anggota berkenaan, Mohamad Fauzi Ariffin, 25, didakwa bersama abangnya Mohd Fairuz, 28, dan tiga yang lain, Muhammad Redza Fahmi Mohd Noor, 23; Abdul Halim Ali, 26, serta seorang remaja berusia 18 tahun.
Dalam kejadian antara jam 12 dan 4 pagi, 2 Oktober lalu itu, mereka merampas dua peti besi mengandungi wang tunai, bateri pelbagai jenis, wang syiling dan minyak pelincir.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Fahrul Razi Zainal Abidin.
Mohamad Fauzi dan Mohd Fairuz juga didakwa bersama seorang lagi Lans Koperal polis, Adri Hazwan Ahmad,27, merompak berkumpulan Rahmah Omar, 53, dengan melarikan wang tunai RM3,050 pada jam 11.15 malam, 18 Mac lalu, di Kampung Tanjong Badang, di sini.
Kedua-dua anggota polis tersebut bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan