Jumaat, 16 Disember 2016

TUMPAT Dua beradik kembar seiras siap untuk ke majlis berkhatan bukan sahaja menjadi tumpuan ramai malah tok mudin terkejut bila melihat......................................,,..................................











TUMPAT - Dua beradik kembar seiras bukan sahaja menjadi tumpuan ramai malah mereka sendiri teruja apabila dikhatankan beramai-ramai. Tiada riak takut di wajah kembar itu, Hakim Mohd Rasul dan adiknya, Hakimi yang berusia 9 tahun dari Kampung Pasar Geting. Bapa mereka, Mohd Rasul Ab Rahman, 33, berkata, anak-anak yang minta dikhatankan dan dia akur dengan permintaan itu.

“Mudah pula mereka bangun, awal-awal pagi dah siap untuk ke majlis berkhatan beramai-ramai ini.

"Anak-anak tak rasa gerun, kita ini sebagai bapa mereka yang berdebar,” katanya. Beliau berkata demikian selepas ditemui pada program Khatan Perdana Dun Pengkalan Kubor. Sementara itu, Penyelia Dun Pengkalan Kubor, Muhammad Draman berkata, seramai 133 kanak-kanak dikhatankan sempena khatan perdana ini. “Setiap peserta diberikan baju t-shirt percuma," katanya.
Majlis itu turut dimeriahkan dengan sambutan Maulidur Rasul di mana semua peserta dan orang ramai berarak dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW bermula di Masjid Assomadi Geting ke tempat berkhatan di Pejabat Dun Pengkalan Kubor sejauh kira-kira 300 meter.

Mohd Rasul berkata, seramai lapan tok mudin disediakan untuk program khatan ini. Sebelum itu, solat hajat diadakan di Masjid Assomadi Geting bersama bapa peserta dan acara menyuap pulut semangat.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan