Rabu, 14 Disember 2016

Misteri Kolam Air Panas Tok Bok, Machang semakin sepi tiada pengunjung kerana di percyai tempat mandi orang bunian










Machang  Sememangnya, sewaktu ketika dahulu Kolam Air Panas Tok Bok memang popular dan sering kali dikunjungi orang ramai dari beberapa daerah lain di Kelantan untuk melihat dengan lebih dekat keanehan dan keajaiban kuasa Illahi di alam ini. Tetapi kini ia tidak lagi menjadi minat orang untuk menikmati keanehan dan panorama alamnya dan ia terbiar begitu sahaja tanpa penjagaan yang sewajarnya 


 ia disebabkan wujudnya perkara-perkara misteri yang sering diperkatakan umum sehingga kolam tersohor terbiar begitu? Ataukah kerananya menyebabkan orang ramai takut untuk mendekatinya kerana pernah dilaporkan tentang kematian di kolam itu, ghaib dan muncul kembali? Apapun alasannya sehinggakan Kolam Air Panas terus terbiar sama ada didakwa tempat yang aneh dan misteri, sebaliknya jadikanlah kejadian berkenaan sebagai panduan kerana alam yang kita huni ini hakikatnya penuh aneh dan misteri 



1 ulasan: