Rabu, 14 Disember 2016

BACHOK - Upacara Mandi minyak terbongkar sering kali dikaitkan dengan upacara ilmu kebal Minyak di dalam kawah ini adalah santan yang dimasak terlebih dahulu sebelum digunakan oleh ahli AJRC Malaysia.












BACHOK - Mandi minyak sering kali dikaitkan dengan upacara ilmu kebal, namun sebaliknya di bawah Alternatif Jaringan Rakan Cakna (AJRC) Malaysia ia adalah sekadar satu upacara ‘mengurut’.
Yang Dipertua Tetap AJRC Malaysia, Faizul Yusoff berkata, upacara mandi minyak itu boleh disertai oleh sesiapa sahaja yang berminat kerana ia tidak melibatkan ilmu kebal.
Beliau berkata, pada program mandi minyak itu, pihaknya turut mengundang Grandmaster Awang Daud dari Awang Daud Martial Art Academy (ADMAA).
“Ia bukan untuk kebalkan diri sebaliknya lebih kepada mengurut menggunakan minyak yang dimasak daripada santan.
"Melalui upacara ini kami himpunkan guru-guru lama seni bela diri. Aktiviti AJRC untuk membantu mengatasi masalah gejala sosial," katanya pada program mandi minyak di Gelanggang Panglima Bentara Pantai Senak, Tawang.
Program itu disertai kira-kira 100 orang dan turut dimeriahkan dengan kehadiran ahli keluarga serta penduduk.
Menurutnya, AJRC adalah sebuah kelab amal yang berkembang pesat di seluruh negara dan kini mempunyai keahlian seramai 12,000 orang.
"Kami berhasrat untuk membuka lebih banyak gelanggang AJRC di Kelantan
"Sesiapa yang berminat untuk menyertai AJRC boleh whatsapp ke 011 29244429,”





Tiada ulasan:

Catat Ulasan