Rabu, 14 Disember 2016

Kota Bharu.. misteri mayat terapung di tali air Kampung Berek, Jalan Bukit Marak Pegawai Bomba Mohd Zamizi Muhammad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.42 malam. .













Kota Bharu: Lelaki berusia 40-an ditemui lemas di tali air Kampung Berek, Jalan Bukit Marak, di sini, 8 malam tadi.
Komander Operasi Bomba dan Penyelamat Pasir Tumboh, Pegawai Bomba Mohd Zamizi Muhammad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.42 malam.
Katanya, seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumboh ke lokasi kejadian.
"Sebaik sampai, usaha mengeluarkan mayat mangsa yang terapung dijalankan dan mengambil masa selama 15 minit.
"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat," katanya di sini, hari ini.
Katanya, identiti mangsa masih belum dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan diri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan