Selasa, 6 Disember 2016

Kota Bharu: “Walaupun air sudah surut dan dibenarkan pulang ke rumah,Umi Rohana Ali, 50 tumpuannya kini adalah membersihkan rumah yang kotor disebabkan sisa banjir akibat limpahan air tali air terdekat.














Kota Bharu: “Walaupun air sudah surut dan dibenarkan pulang ke rumah, saya sekeluarga tetap bimbang jika banjir berulang kerana cuaca sekarang tidak menentu,” kata Umi Rohana Ali, 50, mangsa banjir dari Kampung Tiong, di sini, semalam.
Umi Rohana antara 31 mangsa banjir yang tinggal di pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Tiong sejak Sabtu lalu dan dibenarkan pulang ke rumah, semalam.
Pusat pemindahan itu yang turut menempatkan satu keluarga dari Kampung Saribong, di sini, ditutup pada jam 10.30 pagi, semalam.
Mangsa pulang ke rumah masing-masing dengan bantuan anggota penyelamat termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam.
Katanya, tumpuannya kini adalah membersihkan rumah yang kotor disebabkan sisa banjir akibat limpahan air tali air terdekat.
“Ketika hujan lebat, air dari tali air melimpah memasuki rumah saya dengan kedalaman hampir setengah meter. Kejadian itu adalah yang ketiga saya lalui sejak 2014,” katanya.
“Susulan pengalaman lalu, saya sudah menyimpan barang dan tiada barang yang rosak. Cuma tikar getah mungkin perlu diganti baru,” katanya yang sudah mendiami rumah pusaka itu sejak lebih 10 tahun lalu.
Sementara itu, Pentadbir Mukim Dewan Undangan Negeri Pasir Tumbuh Wan Azizi Wan Ab Ghani berkata, penduduk diminta supaya lebih berwaspada walaupun banjir semakin surut selain sentiasa mendengar arahan pihak berkuasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan