Selasa, 6 Disember 2016

VEDEO dirakam kamera litar tertutup (CCTV).suspek diberkas polis, 8.50 pagi kemarin


\












Bukit Mertajam: Tindakan lelaki melarikan enam kotak rokok dari kedai serbaneka 24 jam 
di Jalan Anston di sini, Ahad lalu membawa padah selepas dia diberkas polis, 8.50 pagi
 kemarin 
Dalam kejadian 5.40 pagi Ahad lalu itu, suspek, 24, turun dari kereta sebelum masuk 
ke dalam kedai serbaneka berkenaan dan mengambil enam kotak rokok yang diletakkan
 di atas rak.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid
 berkata, suspek kemudian terus melarikan diri menggunakan kereta yang dinaiki bersama dua rakannya.
Beliau berkata, pekerja kedai sempat mengejar mangsa dan mengambil nombor pendaftaran
 kereta.
Katanya, sejurus kejadian mangsa membuat laporan polis sebelum pihaknya menahan suspek di Taman Sukun, di sini, 8.50 pagi kemarin
Nik Ros Azhan berkata, mangsa juga mengecam suspek selain wajahnya sama seperti 
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan