Rabu, 7 Disember 2016

KOTA BHARU -misteri rumah usang di Kampung Kubur Maras, Langgar terbongkar dan diroboh oleh pihak berkuasa demi menjaga keamanan penduduk kg Kubur Maras










Kota Bharu: Sebuah rumah terbiar jenis papan di Kampung Kubur Maras, Langgar, di sini, yang
dijadikan sebagai ‘port’ menghisap dadah sejak dua tahun lalu diroboh pihak berkuasa dalam
operasi pembersihan, kemarin

Difahamkan, rumah itu sudah menjadi ‘kediaman’ buat sekumpulan 10 lelaki berusia antara 17
hingga 21 tahun melepaskan ketagihan mereka serta melakukan perkara terlarang.

Bagaimanapun, dalam serbuan oleh sepasukan anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)
Kelantan dan Bahagian Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam itu,
 mereka sempat melarikan diri.

Bagaimanapun, pihak berkuasa menemui peralatan biasa digunakan untuk penyalahgunaan dadah
 termasuk straw dan jarum.

Ahli Jawatankuasa Pemulihan Dadah Jajahan Kota Bharu Mohamad Ali berkata, rumah itu milik
 seorang penduduk kampung sudah terbiar sejak tiga tahun lalu dan mula diambil alih penagih
 dadah untuk melakukan aktiviti mereka tanpa mengira waktu, dua tahun lalu.

“Mereka berkumpul tanpa menghiraukan pandangan penduduk kampung, apatah lagi ia berada
di laluan untuk ke masjid berhampiran.

“Setiap kali sesi berkumpul, terdapat 10 orang di situ dan pemeriksaan lanjut kita menemui
 perkakasan yang digunakan untuk menagih dadah sekali gus mengesahkan aktiviti terlarang
berlangsung di rumah berkenaan,” .

Beliau berkata, operasi kemarin  adalah serbuan ke-14 pihaknya sejak Januari lalu dan sudah menahan tiga individu terbabit dalam penyalahgunaan dadah dalam operasi, dua bulan lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan