Khamis, 31 Januari 2019

Google akaun (peribadi) akam di tutup pada 2 April 2019




 Google akaun (peribadi) akam di tutup pada 2 April 2019


Pada bulan Disember 2018, kami umumkan keputusan untuk menutup Google+ untuk pengguna pada April 2019 disebabkan penggunaan yang rendah dan cabaran yang terlibat dalam menyelenggarakan produk yang berjaya memenuhi jangkaan pelanggan. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada anda kerana menjadi sebahagian daripada Google+ dan memberikan langkah seterusnya, termasuk cara memuat turun foto dan kandungan anda yang lain.

Pada 2 April, akaun Google+ anda dan mana-mana halaman Google+ yang anda buat akan ditutup dan kami akan mula memadamkan kandungan daripada akaun Google+ pengguna. Foto dan video daripada Google+ dalam Arkib Album anda dan halaman Google+ anda akan turut dipadamkan. Anda boleh muat turun dan simpan kandungan anda, cuma pastikan anda melakukannya sebelum April. Sila ambil perhatian bahawa foto dan video yang disandarkan dalam Google Photos tidak akan dipadamkan.

Proses pemadaman kandungan daripada akaun Google+ pengguna, Halaman Google+ dan Arkib Album mengambil masa beberapa bulan dan kandungan mungkin kekal sepanjang tempoh ini. Contohnya, pengguna mungkin masih melihat sebahagian akaun Google+ mereka melalui log aktiviti dan sesetengah kandungan Google+ pengguna mungkin kekal kelihatan kepada pengguna G Suite sehingga Google+ pengguna dipadamkan.

Seawal 4 Februari, anda tidak lagi dapat membuat profil, halaman, komuniti atau acara Google+ yang baharu. Lihat Soalan Lazim penuh untuk mendapatkan butiran dan kemas kini menjelang penutupan ini.

Jika anda seorang pemilik atau penyederhana Komuniti Google+, anda boleh muat turun dan simpan data anda untuk Komuniti Google+ anda. Mulai awal Mac 2019, data tambahan tersedia untuk muat turun, termasuk pengarang, isi dan foto untuk setiap siaran komuniti dalam komuniti awam. Ketahui lebih lanjut

Jika anda log masuk ke tapak dan apl menggunakan butang Log Masuk Google+, butang ini akan berhenti berfungsi beberapa minggu yang akan datang tetapi dalam sesetengah keadaan butang ini mungkin digantikan dengan butang Log Masuk Google. Anda masih boleh log masuk dengan Akaun Google di mana-mana tempat yang tertera butang Log Masuk Google. Ketahui lebih lanjut

Jika anda pernah menggunakan Google+ untuk ulasan di tapak anda sendiri atau tapak lain, ciri ini akan dialih keluar daripada Blogger selewat-lewatnya 4 Februari dan tapak lain selewat-lewatnya 7 Mac. Semua ulasan Google+ anda di semua tapak akan dipadamkan mulai 2 April 2019. Ketahui lebih lanjut

Jika anda pelanggan G Suite, Google+ untuk akaun G Suite anda akan kekal aktif. Hubungi pentadbir G Suite anda untuk mendapatkan butiran lanjut. Anda juga boleh menjangkakan penampilan dan ciri baharu tidak lama lagi. Ketahui lebih lanjut

Jika anda seorang pembangun yang menggunakan Google+ API atau Log Masuk Google+, klik di sini untuk mengetahui kesannya terhadap anda.

Daripada kami semua dalam pasukan Google+, terima kasih kerana menjadikan Google+ satu tempat yang begitu istimewa. Kami amat berterima kasih kepada kumpulan artis, pembina komuniti dan pemimpin pemikir berbakat yang telah menjadikan Google+ rumah mereka. Keadaan ini pastinya berbeza tanpa semangat dan dedikasi anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan