Jumaat, 15 September 2017

PASIR MAS - kereta terbang dan mendarat di bawah Jambatan Salor-Pasir Mas,......................... .................................................. ........................





PASIR MAS - Dua pemuda sekadar cedera ringan walaupun kereta jenis Perodua Myvi dinaiki terbabas dan terjunam ke bawah Jambatan Salor-Pasir Mas, di sini, awal pagi semalam.

Mangsa yang cedera dalam kejadian jam 5.10 pagi itu ialah pemandu, Woong Wah Lim, 26, dan rakannya, Yong Nan Chong, 25.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Mohd Nazri Ab Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.16 pagi.

Menurutnya, seramai tujuh anggota diketuai komander operasi Adenan Muhammad Juri dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja membantu dan menyelamat mangsa,” katanya.

"Sebaik tiba di lokasi, didapati sebuah kereta Perodua Myvi telah terjunam ke bawah jambatan berkenaan," katanya.

Katanya, bomba mengambil masa sepuluh minit untuk mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan hidraulic power tool.

"Kedua-dua mangsa yang cedera ringan dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk rawatan selanjutnya," katanya.

Kenderaan dipandu Wah Lim dari arah Pasir Mas ke Kota Bharu dipercayai hilang kawalan dan melanggar pengadang jambatan dan terjunam ke bawah jambatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan