Jumaat, 15 September 2017

ALOR GAJAH - Seorang kanak-kanak lelaki sempat membersihkan kubur ibunya sebelum dia ditemui lemas di muara Sungai Kampung Tengah, Kuala Sungai Baru





ALOR GAJAH - Seorang kanak-kanak lelaki sempat membersihkan kubur ibunya sebelum dia ditemui lemas selepas keluar bermain bersama rakan-rakannya di muara Sungai Kampung Tengah, Kuala Sungai Baru, di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul kira-kira 9 malam itu, mayat mangsa, Muhammad Amirul Amin Abd. Rahman, 9, ditemui pasukan bomba yang menjalankan operasi pencarian di lokasi bersama ahli keluarganya sejak pukul 7.30 petang.

Menurut abangnya, Mohd. Izwan Abdul Rahman, 29, sebelum kejadian Muhammad Amirul bersungguh-sungguh ingin mengikutnya membersihkan pusara ibunya mereka di Tanah Perkuburan Kampung Tengah pada Sabtu lalu.

"Arwah bersikap pelik apabila dia tiba-tiba bersemangat ingin ikut membersihkan kubur emak, malah adik bongsu saya itu juga sempat memacak sebatang dahan pokok di kubur berkenaan.

"Semasa pulang menaiki motosikal, adik-bersikap pelik apabila dia tiba-tiba memeluk erat dan mencium belakang saya seolah-olah itu adalah petanda kami tidak akan bertemu lagi," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah di sini hari ini.

Tambah Mohd. Izwan, usaha mencari mangsa di lokasi dilakukan selepas mangsa tidak pulang ke rumah untuk solat Maghrib dan rakan-rakannya hanya memberitahu kejadian tersebut kepada ayahnya setelah ditanya berulang kali.

"Mereka kemudian memberitahu nampak tangan mangsa terkapai-kapai sebelum lemas, namun takut untuk memberitahu siapa-siapa. Basikal dan selipar adik juga ditemui di muara sungai tempat mereka bermain," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan A. Asmadi Abd. Aziz berkata, siasatan awal mendapati lokasi kejadian merupakan kawasan korek pasir.

"Mayat mangsa ditemui berpakaian lengkap di dalam sungai pada pukul 9 malam dan siasatan mendapati kawasan itu merupakan kawasan korek pasir" katanya.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Alor Gajah dan siasatan diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut

Tiada ulasan:

Catat Ulasan