Ahad, 24 September 2017

Misteri Pintu Gerbang Medan Ilmu Tok Guru di Jalan Dato' Pati ramai sungguh orang datang melihat........................................................................





KOTA BHARU -Pembinaan Pintu Gerbang Medan Ilmu Tok Guru di Jalan Dato' Pati menjadi mercu tanda baharu di bandar ini di samping  memperhebatkan lagi perkembangan ilmu agama di situ.

Pintu gerbang yang dibina dengan kos RM400,000 peruntukkan kerajaan negeri dan dilaksanakan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) itu  siap dibina pada Mac tahun ini.

Medan Ilmu tersebut terlalu sinonim dengan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga rakyat negeri ini sebagai tempat sejak sekian berpuluh tahun lamanya medan perkongsian ilmu setiap Jumaat.

Ia bukan sahaja menjadi tumpuan penduduk tempatan bahkan masyarakat dari luar negara juga turut mengunjungi medan tersebut sejak zaman arwah tokoh ulama itu masih ada lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, ilham pembinaan pintu gerbang berwarna putih dan keemasan tersebut diambil bersempena dengan sebuah tempat pengajian ilmu agama oleh arwah di India.

"Idea ini tercetus semasa sambutan 25 Tahun Membangun Bersama Islam dan ia merupakan mercu tanda pembangunan di Kota Bharu.

"Kelantan  salah satu negeri yg membangunkan negerinya  berasaskan ilmu dan kita setuju untuk bina mercu ini," katanya dalam ucapannya.

Perasmian pintu gerbang tersebut disempurnakan Menteri Besar, Datuk  Ahmad Yakob yang turut dihadiri Yang Dipertua MPKB-BRI, Datuk Zamri Ismail.

Sementara itu, Zamri bagi merancakkan lagi aktiviti keilmuan  dan memberi keselesaan kepada pengunjung pihaknya akan melakukan penambahbaikan dari masa ke masa.

"Selain dana daripada kerajaan negeri, kerajaan pusat juga turut menyumbang bagi menaiktaraf  sekitar Jalan Dato' Pati 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan