Khamis, 7 September 2017

misteri air terjun Lata Janggut, Jeli menganas kembali meragut 3 nyawa ..........................................................................















TIGA penuntut Politeknik Jeli ditemui lemas di air terjun Lata Janggut, Jeli, 10 pagi, hari ini.

Dalam kejadian 10 pagi itu, Muhamad Farid Rozi, Putra Izzad Iskandar Zulkifli dan Muhammad Ikram Faiz Muhammad Faisal, masing-masing berusia 18 tahun, ditemui orang awam dan bomba.

Mayat Muhd Farid dan Putra Izzad ditemui pada 10.15 pagi oleh orang awam manakala mayat Muhamad Ikram ditemui bomba pada 11.21 pagi.

Semua mayat dibawa ke Hospital Jeli untuk bedah siasat.

Rakan mangsa yang dikenali Muhamad Azamuddin Azman, 18, berkata, dia bersama 29 penuntut lain ke kawasan berkenaan untuk menjalankan tugasan akuatik ekosistem.

Katanya, ketika sedang mengambil gambar, dia dimaklumkan tiga rakannya yang sedang mandi di air terjun berkenaan lemas.

"Saya terus bergegas ke lokasi kejadian. Saya cuba membantu dengan menghulurkan kayu untuk menyelamatkan Muhammad Ikram namun gagal apabila dia terus tenggelam.

"Usaha mencari kemudian dijalankan sebelum mayat Muhd Farid dan Putra Izzad ditemui. Mayat Muhamad Ikram ditemui jam 11.21 pagi oleh bomba," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohamad Shahril Mohamad Sa'id ketika dihubungi mengesahkan menerima maklumat berhubung kejadian.

"Sebaik menerima laporan pada 10.20 pagi, tujuh anggota dengan bantuan dua pasukan bomba sukarela bergegas ke lokasi kejadian. Sebaik tiba di lokasi kejadian dua mangsa sudah ditemui orang awam.

"Usaha mencari dan menyelamat terus dijalankan sebelum seorang lagi mangsa ditemui pada 11.21 pagi,"