Jumaat, 4 Ogos 2017

wanita misteri yang melarikan gelang emas di kedai emas di Bangi Gateway, Bandar Baru Bangi





POLIS buru wanita yang melarikan gelang emas di kedai emas di Bangi Gateway, Bandar Baru Bangi, kira-kira 1 tengah hari, kemarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada pekerja kedai emas terbabit berusia 28 tahun.

"Menurut mangsa, pelanggan wanita berusia lingkungan 20-an masuk ke kedai berkenaan dan bertanyakan harga gelang emas di ruang pameran.

"Suspek dikatakan mencuba satu gelang emas dan memulangkannya semula kepada pekerja terbabit. Bagaimanapun, dia mahu mencuba satu lagi gelang emas.

"Ketika pekerja terbabit meletakkan semula gelang emas pertama, suspek terus melarikan diri bersama dengan perhiasan itu," katanya.

Ahmad Dzaffir berkata, kerugian dianggarkan berjumlah RM10,000.

"Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya.