Sabtu, 5 Ogos 2017

PASIR PUTEH - Enam lelaki berusia antara 30 dan 60 tahun ditahan ketika sedang leka melaga ayam di Kampung Gong Serai, Pasir Puteh,




PASIR PUTEH - Enam lelaki berusia antara 30 dan 60 tahun ditahan ketika sedang leka melaga ayam di Kampung Gong Serai, Pasir Puteh, pada jam 8 malam, semalam.

“Tangkapan terdiri daripada petani, buruh dan nelayan bersama lima ayam jantan dan wang pertaruhan berjumlah RM954 yang dirampas sebagai bahan bukti.

“Siasatan awal polis mendapati, lokasi laga berkenaan dilengkapi gelanggang yang dibina sendiri oleh kesemua suspek berkenaan,” katanya.

Katanya, mereka direman berkuat kuasa semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 441 Akta Binatang Pindaan 2013.